KL CHRONICLE: #DemiRakyat Kerajaan PM @NajibRazak Beri Subsidi RM 14 Juta, SPAD Umum Tambang BRT

Tuesday, August 4, 2015

#DemiRakyat Kerajaan PM @NajibRazak Beri Subsidi RM 14 Juta, SPAD Umum Tambang BRT


Beberapa hari lepas, kerajaan Malaysia melalui jemaah Menteri (kabinet) telah sebulat suara atas dasar "collective responsibility" meluluskan struktur tambang yang berpatutan Bas Rapid Transit (BRT) bagi Lembah Klang. Keputusan ini telah diumumkan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang diketuai oleh Tan Sri Syed Hamid Albar. 

Dari kenyataan yang kami terima, 




“ Kabinet telah meluluskan struktur tambang yang terdiri daripada komponen tambang asas sebanyak RM0.90 dan komponen tambang berdasarkan perjalanan setiap kilometer, bermula dengan RM0.815 setiap kilometer bagi 6km pertama, RM0.513 setiap kilometer untuk perjalanan 6 hingga 12km, RM0.421 setiap kilometer untuk perjalanan 12 hingga 18km, RM0.282 untuk setiap kilometer bagi perjalanan 18 hingga 24 km dan RM0.212 setiap kilometer bagi perjalanan melebihi 24km.”

Menyedari bahawa kenaikkan tambang ini akan sedikit membebankan pengguna, kerajaan Malaysia melalui kabinet juga telah mengarahkan pengendali memberikan potongan tambang sebanyak 50% bagi pelajar, warga emas dan orang kurang upaya. Ini juga akan menggalakkan golongan ini supaya menggunakan perkhidmatan BRT dengan lebih kerap sekaligus memudahkan urusan harian mereka. 

Bagi mereka yang tidak arif apa isu sistem BRT, Sistem BRT Sunway Line adalah BRT yang pertama di Lembah Klang dan dikendalikan oleh syarikat terkemuka negara iaitu Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana). Menyedari bahawa struktur tambang  tidak dapat menampung kos operasi BRT pada kadar penggunaan kini, Kerajaan telah meluluskan subsidi tahunan sebanyak RM14 juta untuk tempoh tiga tahun kepada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana). 

Ini akan membantu menampung perbezaan di dalam pengutipan tambang dan kos operasi bagi memastikan rakyat mampu menggunakan perkhidmatan tersebut.


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget