1. Tiba-tiba pemimpin Pakatan Rakyat kini menyokong SPRM. Mereka mahu SPRM lebih bebas daripada campurtangan agensi lain.
2. Sebenarnya, SPRM perlu lebih terbuka untuk disiasat untuk elak salahguna kuasa, bukannya diberikan lebih kebebasan lagi seperti yang diminta sekarang oleh pemimpin Pakatan Rakyat.
3. Sesiapa pun tidak "above the law", mahupun SPRM. Jika tiada "check and balance" maka kes Teoh Beng Hock akan berlaku lagi.
4. Siasatan polis ke atas SPRM adalah penting dan termasuk dalam proses "check and balance". Kes-kes yang melibatkan SPRM sebelum ini yang disiasat polis:
i. Teoh Beng Hock (mati dalam tahanan)
ii. Ahmad Sarbani Mohamed (mati dalam tahanan)
iii. Tan Boon Wah (dipenjara tanpa bersalah)
iv. Abdul Rahim Kadir (dipukul dalam tahanan)
v. Sivanesan Tanggavelu (diseksa dalam tahanan)
vi. Mazhazmi Jamaludin (dipukul dalam tahanan)
vii. Halimi Kamaruzzaman (diseksa dalam tahanan).
5. Bukankah sebelum ini Pakatan Rakyat yang mahu lebih "check and balance" ke atas SPRM dan kuasa SPRM dikekang?
6. Mengapa sekarang tiba-tiba Kerajaan Pakatan berubah fikiran dan mahu SPRM lebih bebas?
7. Sudahkah mereka lupa akan Teoh Beng Hock?? Atau mereka adalah opportunist yang menangguk di air keroh? Tiada prinsip dan mengubah pendirian hanya untuk kepentingan "mileage" politik?
AKU BENCI ORANG HIPOKRIT!"
No comments:
Post a Comment