KL CHRONICLE: #DemiRakyat Operasi Bas Ekspres Di Pudu Sentral Berpindah Ke TBS Awal Tahun Depan

Wednesday, August 19, 2015

#DemiRakyat Operasi Bas Ekspres Di Pudu Sentral Berpindah Ke TBS Awal Tahun Depan




Tahniah diucapkan kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang diketuai oleh Tan Sri Syed Hamid Albar kerana prihatin terhadap permasalahan yang dihadapi oleh pengguna perkhidmatan awam darat yang selama ini melahirkan rasa tidak puas hati dengan terminal Pudu Sentral. Rasa tidak puas hati pengguna ini adalah kerana kawasan Pudu Sentral terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dimana untuk kesana pengguna perlu melalui  masalah kesesakan lalu lintas yang sangat teruk. 



Lebih buruk lagi, terdapat banyak insiden serta kes dimana ada pengguna yang tertinggal Bas Express mereka akibat tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Malah, kesesakan lalu lintas yang sangat teruk di sekitar kawasan Pudu Sentral juga menyebabkan pelajar sekolah berasrama kadang kala perlu keluar awal dari rumah semata-mata untuk memastikan mereka tidak ketinggalan bas express untuk pulang ke sekolah mereka. 

Menyedari hakikat ini, Tan Sri Syed Hamid Albar telah mengumumkan bahawa Perkhidmatan bas ekspres jarak jauh yang beroperasi di Pudu Sentral akan dipindahkan sepenuhnya ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) awal tahun depan.Bagi kami di #KLChronicle, langkah bijak yang diambil oleh SPAD ini akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di tengah-tengah ibu kota sekaligus meningkatkan kualiti hidup warga kota yang dapat kurangkan masa pergi & pulang dari tempat kerja setiap hari. 

Kami berharap SPAD dibawah kepimpinan Tan Sri Syed Hamid Albar akan terus berkhidmat untuk kepentingan serta kesejahteraan rakyat seperti yang dilakukan sekarang. Tindakan positif yang dilakukan oleh SPAD ini sudah pastinya akan dihargai oleh rakyat Malaysia secara amnya. 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget