Lama juga saya berada dalam gelanggang politik dengan keahlian biasa dan pelbagai jawatan hingga kini, sudah sekitar 30 tahun. Namun peristiwa pada petang Ahad 16/8/15 di Dewan Jubli Intan Pontian adalah sesuatu yg ingin saya kongsikan.
YB Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) dijemput oleh Ketua UMNO Bhg Pontian, YB Dato Hasni utk merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bhg Pontian. Ketika berucap, TSMY sebut tahniah kpd saya sebab dilantik jadi Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri. Beliau betulkan kpd Timbalan Menteri.
Pada ketika itu terdengar sorakan hadirin dan ada orang yg "boo" saya. Maklum balas yg saya terima bahawa "boo" itu dimulakan oleh 2 orang hadirin dari luar Pontian yg bukan perwakilan.
Apakah perasaan saya? Di atas pentas itu kelihatan saya tidak menunjukkan reaksi apa-apa walau saya penuh sedar terhadap apa yg berlaku. Sebelum itu ketika pengacara menyebut nama2 dlm senarai protokol, tiada yg "boo" bila nama saya disebut & bunyi tepukan utk saya hampir sama sahaja dgn tepukan bila nama-nama tetamu lain disebut.
Orang Pontian tahu saya balik kawasan hampir setiap minggu sejak mula menjadi Ahli Parlimen tahun 2008 dengan pelbagai program. Saya anak tempatan dari Benut, Pontian. Mereka kenali saya sebagai Tok Mat yg sentiasa berusaha utk mengubah Pontian kpd kawasan yg lebih baik dlm pelbagai perkara.
Peristiwa itu sedikit pun tidak melunturkan semangat saya. Begitu juga cacian dan rekaan dlm media sosial dgn pelbagai "spin" terhadap kenyataan saya yg hampir semuanya fitnah (terutama tentang GST) juga tidak akan melunturkan semangat juang saya.
Habis majlis perasmian itu, saya duduk makan semeja dengan TSMY dan kemudian menghantar beliau ke kereta. Saya menunggu mesyuarat hingga habis termasuk memberikan ucapan penggulungan.
Laporan pihak mereka yg mengatakan konon saya di "boo" banyak kali adalah tidak benar dan konon saya meninggalkan majlis lebih awal juga tidak betul. Itulah antara kerja mereka, mengadakan yg tiada dan meniadakan yg ada.
Perlu juga dikongsi di sini bahawa lepas perasmian itu ada pengundian utk 7 perwakilan ke Perhimpunan Agong UMNO (G7). Setiausaha Sulit & Pegawai Khas saya yg turut bertanding menang dengan mendapat undi ke 2 dan ke 3 tertinggi daripada 15 calon yg bertanding. Jika perwakilan Pontian tidak suka saya, logiknya 2 orang pembantu saya itu juga telah ditolak oleh perwakilan.
Saya menerima episod "boo" itu sebagai satu hikmah dan cabaran dlm perjuangan. Ianya suatu pembelajaran politik yg penting dalam kerjaya & khidmat saya utk agama, bangsa & tanahair. Bak kata pepatah, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
Pada saya setia dan sepakat dalam perjuangan adalah penting. Seorang sahaja nakhoda dalam perjuangan juga penting. Nakhoda itu perlu dibantu dalam susah dan senang untuk mengemudi kapal meredah gelora lautan agar selamat sampai ke pelabuhan.
Padi ditumbuk lesung di hulu,
Sirih di hilir untuk junjungan,
Kepalang duduk menuntut ilmu,
Pasir sebutir jadikan intan.
Seorang wira pergi memburu,
Senjata sakti jadi bekalan,
Ku redah negara serata penjuru
Tetap berbakti pada Pontian.
Cahaya kilauan indah terpancar,
Nampak terang serata maya,
Desir cercaan dijadi iktibar,
Ku galas juang hingga berjaya.
Hening buana di malam sepi,
Sinar cahaya ke pohon ara,
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada agama bangsa negara.
Ahmad b Maslan 19/8/15
2 comments:
hahhaa...mcm biasa pimpinan skang ni..jawab je..jawapan bohong ke bodoh ke tak kisah..janji jawab..klu dah ketua bahagian pun sindir dia xkn tak ngaku lagi!!lps ni mat maslan pindah bahagian lain la...
Post a Comment