Muhyiddin Yassin does not want to topple PM Najib Razak |
Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin today revealed that his will is to help Prime Minister Datuk Seri @NajibRazak and resolve the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) issues that is being played by both local and international media organization to discredit Barisan Nasional and the government.Muhyiddin said that he had no ill-intentions by suggesting this, as he did not want Najib's name to be tarnished because of his involvement with the debt-ridden state investment vehicle.
"I don't have any evil intention, my will is to help him," he said when officiating an Umno Cheras meeting in Kuala Lumpur tonight.
He said 1MDB was something that could not be ignored and a solution had to be found.
"I am the first minister to make a stand on 1MDB even though the prime minister had made a decision on the matter. I said we should find a solution, not point fingers,” he said, he had been the most vocal in raising his concerns about the matter at the Umno supreme council and Cabinet meetings.
"I have told the prime minister that i am not out to topple him (prime minister). I don’t want a clash with the prime minister as our party is not strong,” he added.
Mengenai tuduhan oleh Najib dan kuncu-kuncunya bahawa penyiaran dokumen serta maklumat mengenai salah laku Najib sebagai bertujuan untuk mengganggu gugat demokrasi, mahu menjatuhkan kerajaan adalah suatu kenyataan yang sangat bodoh.
ReplyDeleteMalahan tindakan Najib dan kuncu-kuncunya menyekat akses ke portal seperti Sarawak Report, kemudian menggantung permit The Edge dengan alasan melakukan ancaman terhadap demokrasi dan mahu menjatuhkan kerajaan adalah perbuatan yang sangat bodoh dan melucukan.
Dalam isu ini, The Edge dan Sarawak Report tidak memburuk-burukkan Malaysia, mereka tidak menyerang dan mengecam Malaysia hingga boleh menggugat kepentingan Malaysia. Apa yang dibuat oleh The Edge, Sarawak Report, serta The Wall Street Journal adalah mendedahkan perlakuan jenayah penyelewengan oleh Najib. Mereka mendedahkan perlakuan jenayah penyelewengan serta pengkhianatan Najib terhadap negara dan rakyat, apakah perbuatan mendedahkan perlakuan jenayah oleh Najib itu sebagai ancaman terhadap demokrasi?
Apakah tindakan Najib yang melakukan penyelewengan boleh dianggap memuliakan demokrasi serta menyelamatkan negara ini?
Kebodohan demi kebodohan yang dibuat oleh Najib dan kuncu-kuncunya hanya menyebabkan maruah Malaysia makin tercalar di peringkat antarabangsa, malahan ekonomi Malaysia menjunam bukan disebabkan oleh kritikan oleh Tun Dr. Mahathir terhadap Najib mengenai 1MDB, tetapi penyelewengan, salah guna kuasa, kuku besi yang diamalkan oleh Najib dan kuncu-kuncunya yang menjadikan negara ini dan harta negara ini sebagai harta mak bapak mereka, pelabur asing takut dengan kepimpinan yang bersikap kuku besi, menyeleweng serta menindas media dan orang-orang yang tidak sehaluan dengannya.
Dalam isu ini, Najib dan kuncu-kuncunya yang perlu dipersalahkan, meraka adalah punca segala kemelut ini.
Sedarlah semua.
Jika The Edge melakukan pembohongan, sila 1MDB, Najib, serta kuncu-kuncunya seperti Salleh Said Keruak, Shahrir Samad, Zamil KITA, Tunku Aziz, Abdul Rahman Dahalan, Ahmad Maslan, Hassan Malek serta lain-lain kuncu serta pecacai dan balaci mereka memberikan penjelasan mengenai isu mengenai RM 2.63 bilion di dalam akaun Najib di AmBank serta RM 2 juta dalam akaun Rosmah di Affin Bank.
ReplyDeleteRakyat mahukan penjelasan apakah Najib pernah membuka dua buah akaun di AmBank sebelum PRU 13 dan kemudiannya menutupnya selepas beberapa bulan PRU 13, serta kita mahu tahu apakah benar wang berjumlah RM 2.63 bilion itu pernah ada dalam akaun Najib itu.
Najib mesti membuat kenyataan rasmi melalui Pejabat Perdana Menteri untuk menafikan beliau pernah ada dua akaun di AmBank yang dibuka sebelum PRU 13 dan ditutup selepas beberapa bulan PRU 13 dan nafikan tidak pernah ada wang berjumlah RM 2.63 bilon yang bersamaan USD 700 juta itu. Malahan jika pernah ada akaun berkenaan dibuka pada sebelum PRU 13 dan kemudiannya ditutup beberapa bulan selepas PRU 13, perlu dijelaskan mengapakah akaun itu ditutup dalam tempoh yang singkat?
Keduanya, Najib dan Rosmah juga perlu membuat kenyataan rasmi melalui Pejabat Perdana Menteri atau kalau tak mau buat kenyataan rasmi melalui Pejabat Perdana Menteri, maka buatlah Pengakuan Berkanun (Statutory Declaration) untuk menafikan bahawa RM 2 juta telah dimasukkan ke dalam akaun Rosmah melalui beberapa transaksi melibatkan jumlah antara RM 150,000.00 hingga RM 300,000.00.
Sekiranya Najib dan Rosmah sendiri tidak dapat membuat penjelasan secara rasmi, malahan asyik menyalahkan media, menyekat akses ke portal seperti Sarawak Report, menggantung permit media seperti The Edge, menyalahkan pengkritik, menyalahkan orang yang tidak menyokong mereka, maka macam mana nak tahu kebenarannya?
Patunya jika juak-juak Najib benar-benar yakin bahawa Najib tidak bersalah, sila buktikan bahawa tuduhan yang disiarkan di dalam media, yang menjadi perbualan rakyat sekarang ini itu adalah tidak benar, jika hanya menafikan tanpa bukti, tak ada gunanya, kerana pihak yang membuat pendedahan itu menunjukkan bukti berupa dokumen perbankan melibatkan transaksi wang yang besar ke dalam akaun Najib dan Rosmah, jika kata dokumen itu tipu, dipalsukan, sila MYKMU.net dapatkan dokumen asli dari Najib dan Rosmah dan tunjukkan kepada umum.
Jika juak-juak Najib, malahan Najib sendiri tak mampu nak menangkis bukti yang dikemukakan oleh The Edge, Sarawak Report, serta Wall Street Journal itu, bagaimanakah boleh dikatakan bahawa dokumen yang disiarkan oleh media-media tersebut sebagai palsu dan diubah suai?
Sila beri penjelasan, bukannya merapu tak tentu hala. Rakyat menantikan penjelasan, kerana apa yang berlaku itu melibatkan kepentingan rakyat, rakyat tidak mahu wang negara diselewengkan untuk kegunaan peribadi, untuk tujuan yang tak betul, kerana ini merugikan peruntukkan pembangunan untuk rakyat.