Monday, July 27, 2015

Menjawab "Firasat" Khairul Azwan Harun @azwanbro


Sebentar tadi, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairul Azwan Harun (Boss Kaharun) telah melakukan "posting" di laman Facebook beliau berkenaan isu-isu semasa berkaitan #1MDB, The Edge dan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjawab kenyataan beliau. Jawapan saya adalah dalam "font" merah dan kenyataan asal Kaharun adalah dalam font hitam.



Firasat saya mengatakan tindakan kita menggantung akhbar The Edge tidak akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap isu dan tuduhan yang dikenakan ke atas 1MDB.

Firasat saya mengatakan walaupun akhbar The Edge tidak digantung, isu 1MDB tetap menjadi satu perkara yang tidak disenangi oleh rakyat. Penggantungan akhbar The Edge adalah kerana mereka (The Edge) membangkitkan banyak persoalan "WHAT IF" daripada melaporkan "actual news". "What if" ini memberikan persepsi yang salah terhadap kerajaan walaupun perkara ini masih dalam siasatan. In the end, the 1MDB issue becomes a trial by the media daripada a trial by the courts. Malah, akses kepada The Edge online masih seperti biasa, tiada sekatan dilakukan. 

Ya memang The Edge mengaku menipu Xavier Alexander Justo dalam mendapatkan data yang dicuri, namun kesalahan ini adalah antara dua penyangak yang mencuri antara satu sama lain.

Kaharun sendiri mengaku dan menerima kenyataan bahawa The Edge menipu. Ini dengan sendirinya membuktikan bahawa integrity The Edge adalah diragui dan motif mereka adalah "suspect". 

Ia tiada kena mengena dengan persoalan dan isu yang ditimbulkan mahupun menerangkan keadaan sebenar dalam semua transaksi 1MDB. Bagi saya biarlah siasatan oleh pihak berkuasa muktamad dan tindakan undang-undang diambil.

Exactly, oleh itu biar siasatan dijalankan oleh dua Task Force, Auditor General, PAC dan juga kerajaan Thailand & Singapura yang sama-sama kini menyiasat penglibatan sepuluh individu dari Malaysia (termasuk dari UMNO) yang cuba melakukan Coup d 'etat di negara ini. The Edge adalah suspek dalam coup d'etat ini dan oleh itu wajar penerbitan mereka digantung. Malah sebagai suspek, pemilik serta Pengarah The Edge telah dipanggil untuk siasatan dan mereka mengakui pernah berjumpa dengan Justo di Singapura. (bukti dakwaan kerajaan Thailand adalah tepat)

Waktu itu kalau benar lah semua email serta dokumen telah diubah dan tuduhan yang dilemparkan adalah fitnah semata-mata, jangan kata gantung, akhbar berkenaan boleh ditutup terus dengan alasan yang kukuh.

Siasatan terhadap 1MDB bukan sehari dua, malah dijangkakan akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan maklumat, menyiasat serta membawa kes ke mahkamah bagi dibicarakan sebelum dijatuhkan hukuman. Kes Anwar Ibrahim sahaja mengambil masa bertahun-tahun dan dalam tempoh masa tersebut jika The Edge masih mengeluarkan laporan "What if" mereka dan memainkan persepsi bahawa kerajaan dibawah PM Najib Razak "bersalah" melalui trial by the media apa yang Kaharun akan buat? Menyuruh "crocodil" menggerakkan "aset" untuk terus "tanam" Presiden parti?

Saya menyokong kenyataan YAB Timbalan Presiden yang sangat risau takan kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan trust deficit yang semakin besar jurangnya.

Pertama sekali, terima kasih kerana "buka baju" dan menyokong Timbalan Presiden. Cuma saya hendak bertanya, adakah Kaharun menyokong Presiden? Perlu diingatkan bahawa akibat risau akan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan, Barisan Nasional dan UMNO lah Presiden mengambil keputusan untuk mengarahkan siasatan dilakukan terhadap 1MDB. Malah, bukan itu sahaja, #1MDB juga mengambil langkah dengan untuk memberikan penerangan kepada kabinet tentang operasi syarikat. Ini disahkan oleh Menteri Kewangan Kedua (MK2) dan juga Dato Abdul Rahman Dahlan. Jadi bagaimana Timbalan Presiden boleh kata tidak tahu tentang 1MDB walaupun "briefing" telah dilakukan dan factsheet telah diberi? 

Bukan sahaja tidak faham, malah baca The Edge pula yang telah dengan sendirinya akui bahawa terlibat dalam konspirasi bersama Sarawak Report, Xavier Alexander Justo serta pemimpin pembangkang untuk kononnya "mendedahkan" isu 1MDB demi kepentingan rakyat. 

Kita selaku ahli dan pucuk pimpinan UMNO juga mahukan kebenaran, kita mempunyai kewajipan menjaga amanah yang diberi rakyat.

Sangat menarik. Kaharun mengatakan bahawa beliau mahukan kebenaran. Jika ikut Timbalan Presiden, kebenaran yang beliau cari adalah melalui membaca The Edge. Saya nak tanya, pernahkah Kaharun mengambil inisiatif membawa EXCO-EXCO dalam NKP Soc Media Team beliau berjumpa #1MDB dan Arul Kanda untuk mendapatkan penjelasan dan kebenaran?  

Dari amanah inilah kita warisi kuasa politik yang digunakan untuk memajukan agama, bangsa dan tanah air. Jangan sampai warisan kita tergadai begitu sahaja.

Kita harus berani, berani kerana benar maka beranilah mencari kebenaran.

Bukan sahaja berani mencari kebenaran, kena juga bersikap proaktif dalam mencari kebenaran. Jangan hanya malas duduk di kerusi empuk sebagai Naib Ketua Pemuda tetapi malas turun kebawah dan mencari jawapan terhadap segala persoalan yang dibangkitkan. Janganlah hanya pandai membuat kenyataan di Facebook dan sebagainya.  

Khairul Azwan Harun
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia

No comments:

Post a Comment