KL CHRONICLE: SPAD Pastikan Keselamatan Pengguna Terjamin Sebelum Beri Kelulusan ETS Beroperasi

Wednesday, July 15, 2015

SPAD Pastikan Keselamatan Pengguna Terjamin Sebelum Beri Kelulusan ETS Beroperasi

Baru-baru ini Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengumumkan bahawa operasi tren Electric Train Service (ETS) akan beroperasi pada July 2015. Namun hakikatnya, operasi ETS hanya dapat dijalankan apabila KTMB mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang merupakan badan yang bertanggungjawab terhadap segala perkhidmatan awam darat di negara ini. 



Bagi kami di #KLChronicle, langkah KTMB mengumumkan bahawa ETS akan beroperasi pada July 2015 tanpa mendapat kelulusan SPAD adalah satu perkara yang salah. Ini kerana, secara tidak langsung KTMB telah memberikan gambaran bahawa mereka (KTMB) bersedia untuk beroperasi namun SPAD yang kelihatan cube melengahkan perkhidmatan ini. 

Hakikatnya, tren ETS yang dibawa masuk oleh KTMB masih belum menjalani "Mandatory Endurance Test" dimana trenset ini perlu melepasi setiap saringan ujian dibawah kelolaan SPAD. Malah, bagi "Endurance Test" ini, tren ETS perlu menjalani "Fault Free Run" sebanyak 10,000 km. Ini bermakna tren ETS baru perlu diuji beroperasi sejauh 10,000 km tanpa sebarang masalah sebelum kelulusan diberi oleh SPAD untuk beroperasi secara penuh dengan membawa penumpang. 

Memandangkan ujian ini belum dilakukan oleh KTMB, kami hairan bagaimana KTMB boleh mengumumkan bahawa tren ETS ini akan beroperasi pada July 2015? Something is not right here. Persoakan sekarang, adakah KTMB cuba bermain politik dan meraih populariti dikalangan rakyat namun dalam masa yang sama cuba memburukkan SPAD? 

Perlu diingatkan bahawa SPAD sebagai "authority body" perlu memastikan setiap pengangkutan awam darat negara berada dalam keadaan yang selamat. Ini kerana sebarang kemalangan yang berlaku akan mengakibatkan kecedaraan, kerosakan kepada harta benda dan kerugian wang ringgit yang banyak oleh pihak KTMB mahupun pihak-pihak yang lain.  

Oleh itu, kami di #KLChronicle berharap bahawa SPAD akan hanya memberi kelulusan kepada KTMB dalam menjalankan operasi ETS selepas berpuas hati bahawa Keselamatan dan keselesaan penumpang terjamin. No shortcuts and no two ways about it. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget