Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin kini semakin berperangai macam bangsat apabila menggelar mereka yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak sebagai sampah dan mencabar menteri-menteri yang menyokong Perdana Menteri supaya menyerang Tun Mahathir.
Bagi kami di #KLChronicle gelaran "sampah" yang diberikan oleh Zam kepada penyokong Perdana Menteri adalah satu tindakan yang biadap dan tidak bertanggungjawab. Sokongan menteri dan akar umbi kepada Perdana Menteri adalah kerana yakin bahawa pelan serta penyelesaian 1MDB akan membuahkan hasil.
Cabaran Zam supaya Perdana Menteri mengarahkan menteri-menteri yang menyokong beliau supaya menyerang Tun Mahathir merupakan satu tindakan yang jijik dan terdesak seorang bekas pemimpin kerajaan yang kini dilihat sudah hilang modal untuk kekal relevan dalam suasana politik tanah air.
Kami di #KLChronicle akan tetap bersama Perdana Menteri dalam memastikan segala program dan rancangan yang diilhamkan oleh kerajaan menjadi kenyataan demi kebaikkan serta kesejahteraan rakyat. Kami juga yakin atas dasar hormat kepada Tun Mahathir,Perdana Menteri serta menteri-menteri kabinet tidak akan menyerang Tun Mahathir. Perbuatan menyerang Perdana Menteri ini hanya dilakukan oleh bekas-bekas pemimpin UMNO yang terdahulu sahaja.
Akhir sekali, kami berharap barisan kepimpinan kerajaan serta UMNO termasuk sayap-sayap parti terus kekal teguh dibelakang Presiden UMNO. Tidak guna jika kita bergaduh sesama sendiri kerana akhirnya yang akan rugi adalah kita sendiri serta generasi muda yang akan datang.
Ditulis oleh #KLChronicle pada 5.40pm #KekalNajib
6 comments:
yg perangai bangsat adalah sikangkung
asyik asyik nak saman orang
sekarang nak pecat menteri kabinet pulak
PM yg paling dibenci
tiba2 zam membawa watak antagonis. kekadang itulah petunjuk bila seseorang akan diingati bila dh mati.
22 golden years is over for Malaysia n Malays,...the plague had just started,..
Saman ok lagi dari tangkap tanpda bicara kerana mengkritik..
Saman kita boleh bela diri di pentas kehakiman..
Saman kerana fitnah berleluasa.. tak saman orang kat aitu betul..
agak2 anon atas tu waras atau kategori 'shit' jugak?
agak2lah nak kutuk pemimpin pun.. mcm xde Agama.. follow je nafsu syaitan.
12:18 AM
Alahai ... macam tu senang aje, SAMAN Tun Dr M, SAMAN Zam, SAMAN Nazir Razak, SAMAN Sarawak Report ...
Ade berani kah (masih ada tel*q ke) si pendekar bugis oooiiii ...
bersama pencacai blur sotong masak kangkung
Nk saman buat apa ? Malaysia kn negara demokrasi , yg najib saman tu bla dh sentuh family dia
Post a Comment