Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Razak pada jumaat yang lepas telah memberi peluang kepada menteri kabinet yang tidak mahu bersama beliau untuk melepaskan jawatan menteri yang disandang. Namun tidak ada seorang pun pemimpin yang mengambil peluang tersebut dan semua memberikan sokongan penuh kepada Perdana Menteri.
Namun, hari ini Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein membuat kenyataan melalui akaun twitter beliau bahawa sokongan beliau kepada Perdana Menteri adalah bersyarat dan bukan mutlak. Ini dilihat sebagai langkah pertama kumpulan anti-Najib memulakan langkah menjatuhkan presiden parti.
Menteri lain yang dikatakan "sekapal" bersama Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dalam gerakan #undurNajib adalah Datuk Seri Shafie Apdal, yang juga merupakan seorang lagi Naib Presiden UMNO. Persoalanya sekarang, kenapa ketika bersama Perdana Menteri mereka menyatakan sokongan penuh dan kini tiba-tiba membuat pusingan-U?
Bagi kami di #KLChronicle mana-mana menteri yang tidak letak jawatan apabila diberi peluang oleh Perdana Menteri dan kemudian tikam Perdana Menteri dari belakang menunjukkan pemimpin tersebut tiada kredibiliti dan tidak layak menjadi pemimpin UMNO.
2 comments:
Pemimpin yg lemah dan tiada sifat2 saperti amanah, ketulusan, keyakinan diri, kebolehan, semangat berjuang dll akan ditikam belakang saperti yg terjadi dlm sejarah.
Ketika pimpinannya disahkan lemah dan tidak berdaya, maka pengikutnya akan berontak.
H2O terserlah kebolehannya ketika tragedi MH370, Shafie pun terbukti kebolehannya. Muhyiddin amat disenangi rakyat ketika ucapannya diperhimpunan UMNO.
Kangkung pulak asyik hippo sana hippo sini, dgn laungan solidariti kosong, bangang dan bengong. Terserlah keupayaan kangkung amatlah tipis sekali.
Jika 3 orang kuat UMNO letak jawatan, maka kangkung akan digoreng sambal belacan, bau busuk. Kangkung layu akan disokong barking dog nazri, hassan ayam, MBA-less azeez dan lan@3.85 ...
Terkuburlah UMNO parti perjuangan Melayu. Blogger bangang tanggung dosa bersubahat.
Post a Comment