Thursday, June 25, 2015

#TaliBarut #Khianat Parti Islam mesra @dapmalaysia oleh @ayathelme




Petang ini ketika saya telaah biografi 'Abdullah CD: Perjuangan di Sempadan dan Penamatan Terhormat' terjumpa 'claim' yang mengejutkan berkaitan Ustaz Ibrahim Libya.

Saya petik sepenuhnya tulisan Abdullah CD. "Pada tahun 1985, pihak kerajaan bertindak nekad menembak mati 14 orang umat Islam di Kampung Memali Kedah."

"Ibrahim Libya yang memimpin sekolah agama di situ adalah antara syuhada yang ditembak mati oleh pihak pemerintah."



"Ibrahim adalah kader Paperi yang mengembangkan gerakan agama progresif di bawah PAS." TITIK. Pengakuan akhir Abdullah CD dalam biografinya bahagian yang ketiga  ketiga dan terakhir.

Baik, mari kita bermula semula... Paperi itu apa, siapa Abdullah CD dan apa kaitan dengan Ibrahim Libya ?

Paperi adalah parti Islam progresif yang ditubuhkan Rejiment ke 10 PKM sebagai Barisan Hadapan komunis pada 20 April 1965. Ia adalah singkatan kepada PARTI PERSAUDARAAN ISLAM, saya petik Abdullah CD "Sayapnya dinamakan PEMUDA ISLAM dan WANITA ISLAM."

Menurut Abdullah CD, ketika diumumkan penubuhan Paperi, pihak kerajaan mengatakan bahawa komunis memperalatkan agama yang dinafikan olehnya.

"Hasrat saya tubuh Paperi untuk meneruskan perjuangan Islam progresif yang telah ditindas dengan kejam oleh penjajah British,"

"Paperi adalah benar-benar sebuah pertubuhan Islam progresif menyambung cita-cita perjuangan kemerdekaan aliran agama sebelum Darurat," tulis Abdullah CD

Abdullah CD adalah pemimpin utama sayap Melayu dalam Parti Komunis Malaya, Rejiment ke 10 adalah tempat orang Melayu berkumpul. Selain Abdullah CD dan isterinya Suriani (cina mualaf) Rashid Maidin, Abu Samah, Shamsiah Fakeh dan suaminya Ibrahim Chik, ramai lagi orang Melayu Rejiment ke 10.

Dalam biografinya Abdullah CD juga 'claim' serangan di balai polis Batu Pahat 16 Okt 1980 dan Ibrahim Libya di Baling adalah aksi parti progresif Islam (Paperi.) Kerana itu jika DAP taja satu lagi parti Islam progresif... makanya ia bukan perkara baru, kerana komunis buat lama dah.

Sebuah parti baru yang membawa jenama Islam Progresif dipimpin oleh mereka yang kalah dalam PAS, dengan sokongan DAP, tidak akan ke mana. Orang Melayu bukan bodoh.

Saya berbincang dengan ramai kawan-kawan media, orang politik, aktivis NGO, kami simpulkan hendak tubuh parti baru tak susah. Yang susahnya adalah hendak menang PRU dengan jenama baru baik siapapun di belakangnya, macam PCM (mesra BN) yang bertanding PRU13.

Selepas pembentukan Malaysia 1963, hanya dua parti baru yang survive dalam politik arus perdana, Gerakan (dijenamakan sebagai parti orang pandai2) dan PKR.

PKR survive kerana ia parti individu, asal boleh, janji sokong Anwar, Islam ke, komunis ke, sosialis ke, tak ada hal janji Anwar. Parti macam ini akan mati bersama tokohnya macam HAMIM yang mati bersama Datuk Asri Muda dan Berjasa yang mati bersama Datuk Mat Nasir.

Di mana parti Islam mesra DAP ini mahu meletakkan calon dalam PRU... di kerusi milik PAS yg kini diwakili sebahagian mereka?

Sahabat saya bertanya "Apakah Mohamad Sabu terus bertanding di Pendang? Apakah Dr Dzulkefly Ahmad mahu kekal bertaruh di Kuala Selangor?"

"Atau sanggupkah DAP serahkan Bagan kepada Mat Sabu? Sanggupkah Dr Dzulkefly minta (atau diberi) kerusi Petaling Jaya Utara?"

Jika bertanding di kerusi PAS, atau bertanding balik guna parti lain macam Datuk KJ di Tumpat apa progresifnya (wajib kalah), atau Mujahid bertanding balik di Parit Buntar lawan PAS lawan UMNO, jika tak hilang wang pertaruhan pun dah cukup baik!!!

Orang macam Mahfuz, Datuk KJ, Mujahid, Hatta, Khalid Samad DLL kalau keluar parti, mampus dimaki hamun, disumpah laknat ahli PAS. Mat Sabu tak apa, dia kalau semua tak kena boleh kembali ke Lubnan, macam lepas PRU12 dulu... muahaha.

Kesimpulannya adalah idea nak tubuh parti Islam Progresif bukan idea baru tapi idea komunis yang telah dilaksanakan di Malaysia. Tak ada yang baru dan tak ada yang pelik. Silalah. TITIK.

-ayathelme-
24/6/2015
7 Ramadan 1436H

No comments:

Post a Comment