Bekas Pakar IT PetroSaudi International Xavier Andre Justo yang kini berada dalam tahanan polis Thailand atas tuduhan memeras ugut dan membuat fakta palsu syarikat minyak dan gas itu berkaitan urusniaga dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dijangka dihantar pulang sebaik saja siasatan polis selesai, lapor The Nation, hari ini.
Akhbar Thailand berbahasa Inggeris itu berkata, sehingga malam tadi, Justo masih ditahan polis di Jabatan Jenayah Penindasan (CSD).
“Ketika berita ini diterbitkan malam tadi, Justo masih dalam tahanan CSD bagi membolehkan siasatan dijalankan dan selepas selesai dia akan dihantar pulang,” lapornya hari ini.
Jabatan itu pada Selasa mengumumkan penahanan Justo, 49, di sebuah rumah di sebuah pulau peranginan Thailand, Koh Samui.
Beberapa komputer, pemacu cakera keras dan alat penyimpanan data turut dirampas daripadanya,
Justo yang dilaporkan menerima RM15 juta untuk meletak jawatan di PetroSaudi, dituduh meminta lebih banyak wang dalam cubaan memeras ugut syarikat itu berkaitan urus niaga dengan 1MDB.
Sebaik saja media Thailand melaporkan penahanan Justo, 2 hari lalu, PetroSaudi mengeluarkan kenyataan semalam dan berkata syarikat itu “lega” akhirnya kebenaran terbongkar sehingga menjadi isu yang dipolitikkan di Malaysia.
Jurucakap PetroSaudi berkata: "Kami lega kerana Justo kini akan dihadapkan ke mahkamah. Kami kesal menjadi mangsa jenayah yang dipolitikkan di Malaysia.”
"Kami gembira, akhirnya bukti sudah ada dan kami memohon maaf kepada rakyat Malaysia akibat kesalahan yang dilakukan salah seorang bekas pekerja kami sehingga menyebabkan masalah kepada negara itu," katanya.
Akhbar New Straits Times (NST) memetik Protection Group International (PGI) sebagai berkata data itu dicuri daripada PetroSaudi dan diedit sebelum dimuat naik ke Internet.
"Penyiasatan kami masih berjalan, tetapi jelas kami sedang melihat kes kecurian data yang besar dan analisis kami menyimpulkan Justo adalah sumber data yang dimuat naik Sarawak Report," kata pakar firma itu.
Sementara itu, 1MDB dalam reaksinya berkata ia mengambil maklum penahanan Justo dan penemuan mengenai kesahihan dokuman yang dipaparkan Sarawak Report.
"1MDB yakin pihak berkuasa akan menjalankan siasatan rapi dan mendapatkan fakta, serta mengambil tindakan undang-undang," kata syarikat itu sambil menyatakan akan memberikan kerjasama penuh. – 25 Jun, 2015.
bro jilat..fakta kau pn xbetul..dia bkn pakar it..tp pakar jilat mcm kau
ReplyDelete