Pakatan Pembangkang kini hanya tinggal nama dan sejarah. Hari ini cuma DAP saja yang tinggal dan tidak segan menunjukkan taring panjang mereka apabila berjaya menyatukan kaum Cina di bawah panji perkauman perjuangan Roket.
Jika diimbas kembali, kejadian hari ini adalah putaran sejarah seperti yang pernah terjadi sebelum ini. Belum lagi mendapat negara pada ketika itu, lagak dan suara mereka memang menunjukkan keangkuhan sehingga tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei 1969.
Hari ini seperti biasa, orang Melayu tidak akan melihat dengan mata halus, sebaliknya lebih selesa dengan peristiwa diterjah dengan kejadian depan mata.
Pada ketika ini, Melayu dijadikan lembu dicucuk hidung apabila kerusi di Pulau Pinang tidak memerlukan Melayu sebagai penentu.
DAP Selangor menjadi penentu kepada kuasa Melayu di negeri terkaya di sini.
DAP sememangnya bijak menggunakan kuasa, apabila memilih ahli Majlis di Selangor. Mereka menuntut sebagai MAJORITI terbesar di kalangan parti dalam Pakatan.
MPPJ, MPSJ dan banyak lagi Majlis Perbandaran kini menjadi 'milik' DAP sebagai kuasa mutlak.
PKR dan PAS yang sering melaungkan menjadi kuasa penentu hak Melayu ketika pembahagian kuota Exco atau Ahli Majlis akan terus diperbodohkan dengan gula-gula kuasa yang tidak seberapa manisnya.
Kepimpinan ala BULI, bukan perkara baru diamalkan di dalam DAP. Semenjak dari dahulu lagi mereka tidak pernah berubah. Tidak sesekali berganjak dari dasar parti chauvinist ini dan mereka percaya bahawa Melayu akan tunduk kepada mereka selagi dapat menjadi penentu kepada 'kuasa' politik.
Amat berlainan dengan amalan Barisan Nasional (BN) dengan formula kongsi kuasanya sering disalahertikan walaupun sudah menunjukkan keputusan Kabinet mengikut pecahan kaum.
Seperti kebiasaan, rakyat Malaysia juga lebih suka menunggu peristiwa hitam untuk membuat pilihan terbaik mereka. Sering kali tidak dapat meneka dan membaca agenda halus DAP sehingga melihat depan mata mereka dibuli.
DAP hari ini sudah berani mengisytiharkan untuk membina sebuah masjid di Kelantan untuk dijadikan bahan memujuk orang Melayu. Apa yang pasti cadangan DAP ini diterima dengan terbuka oleh orang Melayu terutamanya yang masih belum sedar akan agenda sulit yang cuba dimainkan parti pro komunis ini.
Bersempena bulan penuh keberkatan ini, sama-samalah kita bermuhasabah diri dan mencari titik persamaan bangsa Melayu. Agar kita tidak terus dipermainkan dan digula-gulakan dengan kuasa politik palsu oleh DAP.
Selamat mengerjakan ibadah Puasa!
Razlan Rafii
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan
No comments:
Post a Comment