Thursday, May 14, 2015

Tahniah PRASARANA, Kini Dilantik Operator Sistem Metro dari Arafah ke Mina @MyRapidKL #RapidKL

Tan Sri Ismail Adam, Group Chairman of PRASARANA ditemani oleh Encik Azmi Abd Aziz, Group Managing Director PRASARANA bersama delegasi kerajaan Arab Saudi
Tahniah diucapkan kepada Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) kerana telah berjaya memperoleh kontrak untuk mengendalikan operasi dan penyelenggaraan sistem Metro untuk musim haji dari Arafah ke Mina bermula pada tahun ini. Lebih membanggakan lagi, PRASARANA telah menewaskan beberapa syarikat terkemuka yang lain untuk memenangi kontrak selama tiga tahun ini yang telah diberikan oleh Kementerian Perbandaran dan Hal Ehwal Luar Bandar, Arab Saudi. 



Bagi pengetahuan umum, ini merupakan kontrak kedua yang dimenangi oleh PRASARANA di Arab Saudi. Pada November 2014 yang lalu, PRASARANA telah memenangi kontrak sebagai "shadow operator" bagi Fasa Satu Metro Makkah mana PRASARANA akan bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan perundingan untuk pembinaan projek. 

Bagi kami di #KLChronicle, kejayaan demi kejayaan yang dibawa oleh PRASARANA sewajarnya merupakan satu perkara yang patut dibanggakan. Ini membuktikan syarikat PRASARANA yang merupakan syarikat tempatan kini mampu bersaing dengan pemain-pemain industri yang besar malah mampu untuk mendapat kontrak diluar negara sekaligus meningkatkan keuntungan syarikat. 

Kami juga berharap pihak kerajaan akan terus memberikan sokongan yang padu kepada PRASARANA supaya syarikat ini dapat berkembang dan menjadi antara "Global Players" dalam industri rel dimana PRASARANA akan dijemput untuk membida dalam projek-projek bernilai tinggi sekaligus meningkatkan kemahiran teknikal anak tempatan di mata dunia. 

Satu hari, siapa tahu mungkin PRASARANA juga akan menjadi sebuah syarikat Fortune 500 seperti PETRONAS jika ianya diberi sokongan yang padu oleh kerajaan dan rakyat Malaysia. 

No comments:

Post a Comment