Datuk Seri Shahidan Kassim antara pemipin UMNO yang rapat dengan Tun Mahathir |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad petang tadi mengatakan Tan Sri Pandikar Amin Mulia meletak jawatan sebagai speaker Dewan Rakyat.
"Berita tersebut adalah tidak benar, kalau ada sudah tentu pelaksanaannya dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu, tetapi setiausaha Dewan Rakyat juga sudah mengesahkan perkara itu tidak benar," katanya sebentar tadi.
Shahidan berkata beliau dan perdana menteri adalah pihak pertama yang akan mengetahui tentangnya.
"Saya tidak tahu dari mana beliau (Dr Mahathir) mendapat berita tersebut, tetapi setakat ini, daripada sumber rasmi, kita tidak ada perkara itu (peletakan jawatan)," katanya yang enggan menggulas lanjut.
Berucap pada program Bicara Negara di Ipoh, Dr Mahathir berkata Pandikar sudah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai speaker.
"Speaker sudah berhenti. Dia datang jumpa saya dia kata dia hendak berhenti. Dia tak mahu dah. Sekarang yang jadi pengerusi dewan, dia punya timbalan," katanya.
Ramai yang turut menghubungi pegawai Pandikar, yang menafikan dakwaan itu, dan meminta supaya pengesahan didapatkan daripada Pandikar sendiri.
Pandikar kali terakhir dilihat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika melancarkan sebuah projek perumahan rakyat di Kota Belud, Sabah, Ahad lalu.
Dalam reaksinya, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee turut menafikan peletakan jawatan Pandikar dan menyifatkannya spekulasi semata-mata. – 16 Mei, 2015.
No comments:
Post a Comment