Merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh pembangkang,terutamanya DAP yang mengatakan bahawa pembelian satu plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji merupakan satu risiko yang tinggi menunjukkan pihak DAP menyembunyikan fakta bahawa bagi setiap syarikat korporat, semua pelaburan yang dilakukan mempunyai risiko dan syarikat akan mengenal pasti bagaimana cara untuk mengurangkan risiko tersebut. Ini dipanggil Risk Management.
Bagi pembelian tanah TRX, 5 risiko telah dikenalpasti dan ianya merupakan "common risk" dalam mana-mana pelaburan hartanah dan tidak ada kaitan kononnya TH "bailout" 1MDB. Risiko tersebut adalah:
1) Risiko yang digariskan adalah risiko pelaburan hartanah di Kuala Lumpur. Mana mana syarikat akan berdepan risiko yang sama apabila melabur disektor hartanah pada masa sekarang. Ini bukan isu 1MDB atau Tabung Haji. Jika syarikat developer lain pun akan menghadapi risiko perniagaan yang sama. Tidak timbul isu TH mengambil beban 1MDB.
2) Sumber mengatakan pelabur asing tidak berminat adalah andaian yang dibuat dalam report TH, bersumberkan majalah The Edge yang sememangnya diragui kredibilitinya dan terlalu kritikal dan negatif terhadap kerajaan
3) Kos pembinaan, juga ialah isu semasa. Tiada kaitan dengan sebarang salah tadbir 1MBD atau TH. TH telah menggariskan pelan untuk menawarkan tender terbuka yang kompetitif bagi kontrak pembinaan projek tersebut.
4) TH melabur terlalu banyak pada 1MDB. Isu ini juga tidak timbul kerana 1MDB adalah milik negara dan pelaburan terbaru ini juga adalah pelaburan pembelian dan pembangunan hartanah dimana TH sendiri memegang hartanah tersebut atas nama TH.
5) TH juga mempunya Put Option untuk menjual semula hartanah ini kepada 1MDB atau pihak lain jika pelan pembangunan kawasan TRX tidak diluluskan atau tidak berjalan.
Bagi kami di #KLChronicle,langkah TH untuk membeli TRX merupakan satu investment decision setelah mengambil kira segala faktor diatas termasuk juga pulangan dari pelaburan tersebut. Perlu diingatkan bahawa bagi setiap jemaah haji yang TH bawa, TH memberi subsidi sebanyak hampir RM 8,000 seorang. Jika TH tidak mencari peluang pelaburan dan pendapatan yang lain, akhirnya yang akan rugi ada pencarum/jemaah haji itu sendiri kerana terpaksa membayar kos haji yang lebih tinggi.
Jadi biar TH mainkan peranan mereka. Mereka tahu apa yang mereka buat demi kebaikkan umat beragama Islam di negara ini.
Apa yang dipertikaikan adalah mengapakah kerajaan menjualkan tanah itu dengan harga RM 60.00 sekaki persegi kepada 1MDB dan 1MDB pula menjual kepada Tabung Haji yang juga syarikat kerajaan dengan harga hampir RM 3,000.00 sekaki persegi.
ReplyDeleteJika dikatakan Tabung Haji membeli dengan harga pasaran dan dapat diskaun dengan harga hampir RM 3,000.00 untuk sekaki persegi itu, maka 1MDB beli dengan harga RM 60.00 untuk sekaki persegi itu membeli dengan harga derma atau sedekahkah dari pihak kerajaan sebelum ini?
Senang-senang sahaja 1MDB dapat untung atas angin untuk sekaki persegi dapat lebih kurang RM 2,900.00 untung, untuk tanah yang dijual kepada tabung haji itu, sedang-senang saja dapat untung atas angin lebih kurang RM 184 juta, beli baru RM 4 juta, jual RM 188 juta.
Tetapi yang rugi adalah kerajaan, yang rugi adalah rakyat, dengan RM 184 juta yang rugi itu, beribu pembangunan lain boleh dibuat.Tapi akhirnya 1MDB dan orang-orang 'tertentu' dapat makan nangka dengan lazatnya, tapi kerajaan dan rakyat pula yang terkena getahnya hingga rosak pakaian.