Thursday, May 7, 2015

Macam Biasa, Kini PKR Dakwa Ada Pengundi Hantu di Permatang Pauh pulak dah #KakWan4PP

Kes dulu pun tak dapat tunjuk bukti, sekarang buat pula fitnah baru
Belum lagi berjaya membuktikan fitnah mereka 2 tahun lalu yang mengatakan terdapat 40,000 ribu orang Bangla yang mengundi pada PRU-13, kini PKR mengulangi "drama" mereka apabila seorang pengundi berusia 70 tahun, Tan Soo Eng mendakwa diarahkan mencelup jarinya ke dalam botol walaupun tidak diberikan kertas mengundi kerana namanya dicatatkan sebagai sudah mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Permatang Pauh hari ini.



Tan Soo Eng mendakwa diarahkan berbuat demikian ketika hadir ke pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Jit Sin A & B di Jalan Berapit.

"Ini kali pertama namanya digunakan oleh orang lain untuk mengundi.

"Beliau tidak diberikan kertas undi tetapi diarahkan mencelup jarinya ke dalam botol dakwat kekal," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kebun Bunga, Cheah Kah Peng yang bercakap bagi pihak Tan.

Bagi kami di #KLChronicle, ini semua merupakan helah pihak pembangkang untuk menarik undi "simpati" dan kononnya terdapat penipuan dalam PRK kali ini. Ini mungkin juga kerana PKR sudah sedar bahawa jumlah peratusan yang keluar mengundi sudah susut dibawah paras 70% dan mereka berkemungkinan kalah di Permatang Pauh.

No comments:

Post a Comment