Kami di #KLChronicle tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dimana beliau telah mengesahkan bahawa belum ada bukti helikopter yang dinaiki oleh Tan Sri Jamaluddin Jarjis, yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias serta empat yang lain yang sedang dalam penerbangan dari Pekan, Pahang, ke Subang, Selangor meletup di udara sebelum terhempas di kawasan kebun getah di Semenyih.
Menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai;
"Tidak ada sebarang maklumat lain (tentang letupan), siasatan secara menyeluruh sedang dijalankan,"
Bagi menghormati keluarga mangsa, kami di #KLChronicle berharap bahawa tiada sebarang spekulasi bermain di media sosial kerana beberapa pihak serta agensi kerajaan kini sedang dalam proses melakukan siasatan terperinci bagi memastikan punca nahas dapat dikenalpasti. Ini juga adalah untuk menyahut arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Najib Razak bahawa beliau (PM) mahu siasatan terperinci dan punca nahas dikenalpasi.
Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana Kementerian Pengangkutan dibawah kendalian beliau "has been terrific" dalam menangani insiden ini. Malah, kotak hitam helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) juga telah ditemui dengan pantas dan kini akan dihantar ke London, United Kingdom untuk siasatan lanjut.
Malah,langkah yang diambil oleh Deparment of Civil Aviation (DCA) yang terletak dibawah Kementerian Pengangkutan yang terus memulakan siasatan juga wajar diberi penghargaan kerana selepas insiden MH370 dan MH17, DCA telah banyak memperbaiki kelemahan mereka dan diharap siasatan terhadap insiden kemalangan helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) dapat diselesaikan secepat mungkin.
No comments:
Post a Comment