KL CHRONICLE: Ku Nan Akui Tidak Perlu PM @NajibRazak Jawab Teguran Tun M

Saturday, April 4, 2015

Ku Nan Akui Tidak Perlu PM @NajibRazak Jawab Teguran Tun M



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu menjawab sebarang desakan yang dilontarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) termasuk isu melibatkan syarikat pelaburan nasional 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana isu tersebut telah diperjelaskan.




Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, kritikan yang disuarakan Tun M terhadap kepimpinan Najib dan UMNO merupakan satu pandangan peribadi tokoh politik veteran itu.

“Saya tidak lihat sebarang masalah wujud antara Tun M dengan Najib. Hanya individu tertentu yang sengaja mencetuskannya.

“Segala persoalan dan kritikan yang dilontarkan (Tun M) telah pun dijawab.

“Saya tidak perlu komen mengenai perletakan jawatan Najib. Bagi saya Tun M adalah seorang pemimpin yang perlu dihormati dan sekarang adalah era (pemerintahan) Najib,” katanya selepas merasmikan Karnival ‘My Second Chance’, disini, hari ini.

Terdahulu, Tun M menerusi blognya, chedet.cc melontarkan kritikan paling keras terhadap Najib mengatakan rakyat Malaysia tidak mempercayai perdana menteri itu dan meramalkan kejatuhan kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya presiden UMNO itu terus berkuasa.

Mengulas perkara itu, Tengku Adnan berkata, kekalahan UMNO seperti yang diperkatakan Tun M adalah satu ramalan.

Susulan itu, beliau mengulangi pendirian bahawa UMNO tetap mampu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“PRU sebelum ini juga (UMNO) diramal kalah, tetapi kita mampu menang dan rakyat tetap memilih kerajaan.

“Semua ahli UMNO tetap menyokong kepimpinan yang ada,” katanya.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget