KL CHRONICLE: Elias Kadir, Apa Cerita Projek Klang Valley double-tracking (KVDT) #KTMB?

Wednesday, April 8, 2015

Elias Kadir, Apa Cerita Projek Klang Valley double-tracking (KVDT) #KTMB?

Projek naiktarat KTM Komuter (KVDT) tergendala kerana kelembapan #KTMB
Tahukah anda, pada 21 March 2013, kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak telah mengeluarkan satu surat "Letter of Intent" (LoI) kepada syarikat Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) bagi projek naik taraf sistem Klang Valley double-tracking (KVDT) dengan anggaran harga RM 850 juta. Namun malangnya sehingga hari ini program ini tidak berjalan dan tergendala. Persoalanya salah siapa projek ini tidak bergerak?



Menurut sumber yang boleh dipercayai, surat LoI telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan kepada konsortium MRCB-DMIA JV dan bajet telah diluluskan pada June 2012 dibawah program National Key Result Areas (NKRA). Objektif utama projek KVDT ini adalah untuk menaiktaraf sistem tren Komuter yang sedia ada bagi keselesaan dan kesenangan hampir 200,00 pengguna Komuter setiap hari. 

Namun kini, setelah hampir 2 tahun LoI dikeluarkan, pihak KTMB masih tidur. Tidak ada sebarang usaha atau inisiatif yang dilakukan oleh KTMB untuk memastikan projek ini "take off" malah Presiden KTMB Datuk Elias Kadir juga dilihat membisu dan seperti ingin menghalang projek ini daripada berjaya. Persoalanya sekarang, kenapa ini terjadi?

Perlu diingat bahawa, setelah LoI dikeluarkan kepada MRCB, pihak KTMB perlu menyediakan skop kerja (General Scope of Work) dan kemudian MRCB-DMIA JV akan menyediakan proposal berdasarkan skop kerja yang disediakan KTMB. Sehingga hari ini, apa yang terjadi kepada skop kerja yang sepatutnyan disediakan oleh KTMB tidak ada siapa yang tahu. 

Kami di #KLChronicle ingin memohon Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi untuk campur tangan dalam isu ini dengan kadar yang segera. Ini kerana dilihat seperti KTMB cuba untuk sabotaj sesuatu perkara yang baik yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri kita untuk kebaikan rakyat. Mana-mana CEO atau Presiden GLC yang tidak dapat sama membawa aspirasi kerajaan wajar digantikan kerana mereka inilah nanti akan menjadi perosak kepada segala usaha murni kerajaan untuk membantu rakyat. 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget