Wednesday, February 18, 2015

Tahniah @PDRMsia Berjaya Tahan 2 mahasiswa yang bodoh kerana muatnaik poster provokasi kehakiman

Poster bertajuk ‘Mercunkan mahkamah’ dengan lukisan mercun dan dacing yang terbalik yang dilampirkan di akaun Twitter Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. – Gambar The Malaysian Insider, 18 Februari, 2015.

Polis semalam menahan 2 mahasiswa universiti yang disyaki memuatnaik poster berunsur provokasi di media sosial berkaitan bantahan terhadap sistem keadilan di mahkamah negara ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menulis tweet berhubung tangkapan itu pagi ini, mengatakan mereka merupakan penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Selangor (Unisel).



"Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam menahan 2 penuntut, Unisel dan USM, kerana muat naik berikut. Mereka akan direman," katanya merujuk kepada satu gambar yang dilampirkan.

Gambar itu berbentuk poster bertajuk “Mercunkan mahkamah” dengan lukisan mercun dan dacing yang terbalik dengan kata-kata: “18.2.2015 11.40 malam setiap mahkamah seluruh negara, kita lawan mahkamah zalim”.

Ia dipercayai menggesa satu kebangkitan dilakukan terhadap mahkamah pada malam ini berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari dalam rayuan kes sabitan Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini berikutan video yang dikeluarkan minggu lalu oleh pihak yang mengaku sebagai ahli kumpulan militan Negara Islam Syria dan Iraq (Isis), yang bertanggungjawab membunuh musuh-musuhnya.

Dalam video itu, yang dimuat naik di YouTube oleh "Isis Malaysia 69", empat lelaki bertopeng mengancam menyerang mahkamah di seluruh negara dengan mercun pada hari Rabu.

No comments:

Post a Comment