Selepas diasak pelbagai pihak untuk mengemukakan bukti PKR kini mempertahankan dakwaan mereka bahawa KETUM Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja pernah ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri (TPM) selepas pilihan raya umum (PRU) lalu malah ditawarkan empat jawatan menteri.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang sedar rakyat kini sudah naik muak dengan penipuan PKR berkata, tawaran menyertai kerajaan Barisan Nasional (BN) itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai langkah rekonsiliasi nasional selepas PRU dengan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebagai orang tengah.
Tawaran itu sebelum ini didedahkan anak sulung Anwar, Nurul Izzah semasa satu ceramah di Pulau Pinang. Namun sehingga kini PKR tidak dapat membuktikan kenyataan mereka.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mempersoalkan dakwaan itu dan mengatakan kenyataan Nurul itu tidak boleh dipercayai.
"Kenapa buat dakwaan ini selepas dua tahun? Kita (BN) adalah majoriti semasa PRU lalu jadi kenapa kita perlu tawarkan jawatan nombor dua kepada individu yang kalah," soal ketua Pemuda Umno itu.
Lebih menarik, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam Twitter berkata: "BN tawarkan jawatan TPM kepada Anwar yang kalah empat PRU berturut-turut? Nurul, kawal diri anda! #Drama".
1 comment:
Novis politikal oleh 2 gen y parti pkr mengenai teori rekacipta tidak langsung mendapat hidayat terhadap kumpulan sasaran.Teori tawaran timbalan perdana menteri hanyalah rekaan khayalan yang cuba di terapkan tetapi khayalan tetap khayalan yang langsung tiada di hiraukan oleh rakyat.Satu lagi cubaan oleh si Rafizi dan mak janda pembohong Izah.Apa nak jadi dengan keturunan maha pembohong.
Post a Comment