Dato' Seri Liow Tiong Lai adalah Presiden MCA |
Bagi kami di #KLChronicle, kami juga bersetuju bahawa isu #HargaBarang ini bukan isu yang melibatkan hanya satu kaum tetapi meliputi keseluruhan spektrum industri peruncitan negara. Jika isu #HargaBarang ini dapat ditangani dengan baik, yang akan menerima manfaatnya adalah rakyat berbilang kaum dan bangsa.
Kami juga difahamkan bahawa Wanita MCA juga kini telah memulakan satu kempen yang diberi nama SMART dimana objektif kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran pengguna bagi berbelanja secara bijak dengan hanya memilih kedai yang menawarkan harga yang berpatutan dan menjauhi kedai yang menaikkan harga barang secara melampau.
Secara positifnya, isu #TurunHargaBarang ini akhirnya membawa kepada penyatuan pemimpin MCA & UMNO dimana kedua-dua parti mahu yang terbaik untuk rakyat. Usaha KPDNKK yang juga mempunyai skuad pengguna mereka sendiri untuk memantau harga barang juga adalah sesuatu yang wajar dibanggakan.
With all of the above, we at #KLChronicle really berharap bahawa harga barang akan diturunkan sejajar dengan penurunan harga minyak oleh kerajaan. In the end BN leaders only want the best for the public and we must support them in this. Apa pendapat pembaca?
No comments:
Post a Comment