Monday, February 16, 2015

Dr. Hatta Mahu BN Tidak Bertanding di Permatang Pauh, Bersungguh Nampak Pertahankan @anwaribrahim?

Pengarah pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli (tengah) kata Barisan Nasional perlu konsisten dalam keputusannya tidak mahu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Chempaka, dengan turut tidak bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Februari, 2015.



#KLChronicle says : Kita tahu la kenapa Dr. Hatta sibuk mempertahankan Anwar Ibrahim, PKR dan DAP. Pertama sekali siapa bagi Dr. Hatta kebenaran untuk buat Press Conference background bendera PKR? Dr. Hatta dah keluar dar PAS ke? Perlu diingatkan bahawa dalam PAS hanya Presiden dan Setiausaha Agung sahaja dibenarkan keluar kenyataan. Siapa Dr. Hatta ini? Baca lanjut DISINI



Barisan Nasional (BN) perlu konsisten dalam keputusannya tidak mahu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, dengan turut tidak bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh, kata pengarah pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli.

Dr Hatta berkata, BN pada tahun lepas menyifatkan pilihan raya kecil (PRU) Kajang tahun lepas sebagai pembaziran dan membebankan rakyat, dan hujah tersebut seharusnya masih diterima pakai.


"Kalau pendirian mereka konsisten, ia bukan sahaja isu banjir di Kelantan, tetapi juga jumlah perbelanjaan besar dan bagaimana ia membebankan rakyat," kata Dr Hatta pada sidang media di pusat khidmat Lembah Pantai, Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata BN tidak semestinya bertanding di Chempaka, selepas kerusi itu dikosongkan ekoran kematian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat minggu lepas, atas alasan BN perlu bekerjasama dengan kerajaan PAS di Kelantan bagi usaha pemulihan pasca banjir.

Khairy bagaimana pun berkata BN perlu bertanding di Permatang Pauh, ekoran sabitan salah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari.

"(Mereka berkata) kita baru saja selesai pilihan raya umum, oleh itu hujah sama yang diberikan ketika PRK Kajang lalu patut diterima sekarang.

"Sekiranya mereka merasakan tidak perlu bertanding di Chempaka, saya percaya keputusan sama juga perlu dibuat mengenai Permatang Pauh." – 16 Februari, 2015.

MENYUSUL LAGI

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kalau-tidak-bertanding-di-chempaka-usah-bertanding-di-permatang-pauh-kata-p#sthash.XBESIYb0.dpuf

No comments:

Post a Comment