KL CHRONICLE: Zambry : DAP Perak Cuba Raih Politik Murahan

Saturday, January 3, 2015

Zambry : DAP Perak Cuba Raih Politik Murahan

MB Perak bidas DAP sebagai parti yang biadap

DAP Perak cuba meraih politik murahan ketika rakyat mengalami kesulitan dan keresahan kerana banjir.

Kerajaan negeri tidak pernah menolak sumbangan daripada mana-mana pihak untuk membantu rakyat di negeri ini.



Ribuan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali kerana membetulkan kenyataan yang tidak sewajarnya sebelum ini dan mengesahkan bahawa sumbangan itu telah diterima oleh kerajaan negeri Perak

Tuduhan yang dibuat Setiausaha Politik kepada Pengerusi DAP Perak, Chong Ze Min adalah sangat kurang ajar dan cuba mengambil kesempatan ketika rakyat ditimpa kesulitan.
Ini jenis ahli politik yang bankrap, dalam kepala mereka terlalu banyak politik, apa sahaja hendak dipolitikkan.

Rakyat sedang susah, menderita, mereka tuduh saya sombong, tidak ada perasaan. Sudah dua minggu, kita berulang-alik dari Hulu Perak hingga ke Hilir Perak untuk meninjau keadaan banjir dan melihat masalah rakyat

Tumpuan sekarang sepatutnya kepada usaha untuk membantu rakyat yang menjadi mangsa banjir, bukannya untuk mencari kepentingan politik murahan

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget