Pandangan Dato Dr Mashitah Ibrahim wajar diberi perhatian serius |
BAHAGIAN 2
Sambungan dari artikel kami semalam berkaitan dengan rencana yang ditulis oleh Dato' Dr. Mashitah Ibrahim berkaitan politik serampang dua mata DAP. Hari ini kami akan pergi lebih mendalam tentang apa yang dimaksudkan oleh Dato Dr. Mashitah sebagai "Politik Serampang Dua Mata DAP". Umum ketahui bahawa DAP mendapat kuasa mereka daripada solidariti kaum berbangsa Cina dalam di negara ini.
Sehingga kini, kaum Cina seperti yang kita ketahui adalah hampir 100% dibelakang DAP walaupun sebenarnya yang banyak membantu kaum Cina adalah parti MCA. Ini tidak boleh disangkal sama sekali namun sebab kenapa kaum Cina tetap menyokong DAP walaupun mendapat pelbagai bantuan daripada MCA masih menjadi tanda tanya. Berbalik kepada tajuk tentang politik DAP, mereka kini sedang berusaha keras untuk melemahkan kuasa politik orang Melayu.
Anak melayu yang direkrut DAP, dilihat bersama seorang Ahli Parlimen DAP |
Ini dilakukan dengan cara mencabar kekuatan Umno-Barisan Nasional di Parlimen selain menyekat hasrat Pas menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud. Akhirnya, yang rugi juga adalah orang Melayu yang lemah apabila berdepan dengan gergasi Cina ini. Menyedari bahawa orang Melayu semakin lemah, DAP juga kini telah berjaya merekrut ramai anak muda melayu menjadi ahli mereka dengan menjanjikan pelbagai jawatan serta peluang menjadi calon pada PRU yang akan datang.
Bersama Gobind Singh Deo, anak mendiang karpal Singh yang terkenal dengan slogan "Hudud over my dead body" |
Persoalanya sekarang, kita sebagai orang Melayu telah sedar bahawa ini merupakan "game" DAP dalam pertama, merampas kuasa dan kedua, menghancurkan orang Melayu dalam negara ini. Tetapi apa yang kita lakukan? Kita masih bertekak dan bergaduh sesama sendiri antara UMNO, PAS dan PKR tanpa menyedari bahawa kuasa yang kita miliki sekarang bakal hilang buat selama-lamanya jika kita tidak bersatu. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment