Hari ini kami di #KLChronicle dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu atas urusan pekerjaan menaiki pesawat Malaysia Airlines System (MAS). Bagi menjimatkan kos dan memastikan kami tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) on time, kami memutuskan untuk menaiki teksi dari Jalan Kelang Lama ke KL Sentral, seterusnya ke KLIA menggunakan ERL (KLIA Express).
Penerbangan kami adalah pada pukul 7.00pm dan kami bertolak dari Jalan Klang Lama pada pukul 3.20pm. Kami menaiki sebuah teksi awam dimana pemandu tersebut tidak memakai uniform sebaliknya berpakaian biasa seperti orang awam. Tambang yang dikenakan pada kami adalah RM 19.50 (Seorang RM 5.00) dimana kami rasakan adalah mahal apabila tambang yang selalu dikenakan adalah sekitar RM 10-RM15 sahaja.
Setibanya kami di KL Sentral, kami telah daftar masuk di kaunter MAS dan juga daftar masuk segala bagasi kami. Tiket KLIA Express adalah berharga RM 35 seorang. Perjalanan dari KL Sentral ke KLIA mengambil masa lebih kurang 28 minit.
Melalui pemerhatian yang kami lakukan, kami dapati bahawa KLIA Express sekarang sesak dengan penumpang berbanding pada masa dahulu. Ini adalah kerana KLIA Express kini menjadi penghubung antara KL Sentral ke KLIA dan seterusnya KLIA2. Memandangkan jumlah penumpang di KLIA2 adalah sangat tinggi, capacity KLIA Express dilihat tidak mampu menampung permintaan ini.
Disebabkan itu, dilihat ramai penumpang yang berdiri sepanjang perjalanan. Apa yang kami risaukan adalah, KLIA Express merupakan "fast train" dimana kelajuan train adalah melebihi 100 km/h. Bukankah berdiri dalam KLIA Express merupakan satu isu keselamatan kepada penumpang?
Cuba bayangkan jika tren KLIA Express terpaksa melakukan "emergency break", sudah pasti penumpang yang berdiri akan terpelanting seterusnya menyebabkan kecederaan yang serius. Lebih buruk jika penumpang yang tercedera merupakan pelancong luar negara dimana insiden ini akan menjadi isu di negara luar juga seterusnya memburukkan imej negara sekaligus memberikan impak kepada industri pelancongan kita.
Kami berharap pihak SPAD, yang dilihat antara suruhanjaya yang sangat aktif dalam memastikan keselamatan pengguna perkhidmatan awam darat dapat melihat isu ini. Bagi kami perkara ini sangat serius dan wajar diberi perhatian.
Apa pendapat pembaca? Anda boleh kongsikan pengalaman anda diruang komen. Terima Kasih.
1 comment:
SPAD, kekadang cerdik fungsinya kekadang mcm ntah apa2. Saja nk bg makan pd org pencen kot... SPAD yg dh ambik bnyk fungsi agensi lain (baca fungsi yg bertindih), sepatutnya alert kpd soal2 keselamatan sebagai aspek paling utama, bukan bagaimana org2 tertentu boleh dpt kontrak niaga...
Post a Comment