KL CHRONICLE: Peguam Pro-Pembangkang @EricPaulsen101 Dibebaskan

Wednesday, January 14, 2015

Peguam Pro-Pembangkang @EricPaulsen101 Dibebaskan

Peguam hak asasi manusia Eric Paulsen dibebaskan daripada tahanan reman polis petang ini selepas keterangannya direkodkan berhubung twitternya yang dikatakan mengkritik Jakim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Januari, 2015.
Ah Beng dibebaskan oleh PDRM setelah diambil keterangan
Polis membebaskan peguam pro-pembangkang Eric Paulsen petang ini, selepas merakamkan keterangannya berhubung kenyataannya menerusi Twitter menghina Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dikatakan mempromosi ekstremisme di masjid dalam khutbah Jumaat.



Menemaninya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi ialah peguamnya, Radzlan Jalaludin dan Michelle Yesudas.

Paulsen ketika ditemui wartawan mempertahankan "tidak bersalah" dalam perkara itu dan berkata akan lebih berhati-hati dengan perkataan yang akan digunakan pada masa depan.

“Saya pasti akan memilih perkataan dengan lebih berhati-hati selepas ini, tetapi mereka yang kenal saya tentu tahu yang tidak "berniat jahat,” katanya. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget