KL CHRONICLE: #Malaysia isytihar #MH370 satu kemalangan #PrayforMH370

Thursday, January 29, 2015

#Malaysia isytihar #MH370 satu kemalangan #PrayforMH370



Malaysia hari ini mengisytiharkan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, 10 bulan lalu ialah satu kemalangan, mengorbankan semua 239 penumpang dan anak kapal.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, kerajaan menyedari kenyataan ini sangat sukar untuk dipertimbangkan keluarga dan orang tersayang mereka yang terlibat, apatah lagi untuk menerimanya.



"Bagaimanapun, penting bagi ahli keluarga cuba meneruskan kehidupan seperti biasa, atau senormal mungkin, selepas mengalami kehilangan secara tiba-tiba ini. Tanpa sebarang niat menghapuskan perasaan ahli keluarga, diharapkan pengisytiharan ini akan membolehkan keluarga mendapatkan bantuan yang mereka perlukan, khususnya melalui proses pampasan," katanya. – 29 Januari, 2015.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget