Nasi kandar Line Clear antara tertua di Pulau Pinang |
Selepas gerai makanan milik orang Islam di Batu Feringhi dan Tanjung Bungah diroboh oleh pihak berkuasa tempatan, kini gerai nasi kandar terkenal Pulau Pinang, Line Clear hari ini diserbu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan beberapa kerusi, meja serta peralatan dapur turut dirampas.
Bagaimanapun, gerai itu dilihat masih menjalankan aktiviti perniagaannya dan menghidangkan makanan kepada pelanggan yang beratur untuk menikmati masakan nasi campur berasal dari Selatan India itu.
Line Clear memulakan operasinya pada 1947, diusahakan secara tradisi oleh keluarga pemiliknya sejak turun temurun dan perniagaannya terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong asing
No comments:
Post a Comment