Cadangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk melaksanakan Integrated Cashless Payment System (ICPS) untuk pengguna pengkangkutan awam darat adalah satu langkah yang tepat dimana sistem ini akan memudahkan pelancong dan orang tempatan untuk merancang perjalanan mereka menggunakan pengangkutan awam darat di sekitar lembah klang.
Menurut informasi yang diterima, SPAD merancang memperkenalkan sistem pembayaran tanpa tunai bersepadu (ICPS) pada 1 Jan 2017 untuk perkhidmatan tren dan bas di Lembah Klang. ICPS ini adalah kolaborasi antara SPAD dengan pelbagai pihak untuk menghasilkan penyelesaian terbaik bagi pelaksanaan sistem baharu itu.
Kad transit ICPS ini akan membolehkan penumpang termasuk pelancong melakukan perjalanan di mana-mana sahaja menaiki tren dan bas di Lembah Klang menggunakan kad tunggal tanpa perlu beratur panjang membeli tiket di kaunter-kaunter LRT, Monorail dan sebagainya.
Bagi kami di #KLChronicle, kami gembira apabila agensi kerajaan ataupun Suruhanjaya seperti SPAD dari masa ke semasa cuba untuk memperbaiki mutu pengangkutan awam darat demi kesenangan dan keselesaan rakyat. We think most, if not all of the agencies in the country should emulate the work SPAD has done in improving services to the rakyat. In the end, if people are happy with the services provided, people will vote to maintain the BN government in power. What say you?
No comments:
Post a Comment