KL CHRONICLE: Ismail Sabri Jelaskan Sebab Mengapa Harga Sayur & Ikan Tidak Boleh Naik Walaupun Pantai Timur Banjir

Friday, January 16, 2015

Ismail Sabri Jelaskan Sebab Mengapa Harga Sayur & Ikan Tidak Boleh Naik Walaupun Pantai Timur Banjir

DS Ismail Sabri antara menteri yang memahami masalah dan beban yang dialami oleh rakyat
akibat sikap peniaga dan tauke yang tamak
Kami di #KLChronicle tertarik dengan ucapan Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani baru-baru ini yang menjelaskan bahawa harga sayur tidak boleh naik di Semenanjung Malaysia walaupun telah berlaku banjir yang teruk dikawasan Pantai Timur terutamanya Terengganu, Kelantan dan Pahang. Lebih menarik lagi, penjelasan beliau memberi kami lebih pengetahun tentang mekanisma industri sayuran negara. Antara sebab-sebab mengapa harga sayur tidak boleh naik adalah kerana:



PERTAMA
Faktor banjir tidak boleh digunakan sebagai alasan kenaikan harga sayur memandangkan 60 hingga 70% sayur dihasilkan di Selangor, Perak dan Johor yang tidak mengalami banjir besar. \ 

KEDUA
Kawasan penanaman sayur tidak berlaku banjir besar dan import sayur tetap dijalankan tidak kira banjir atau tidak. Oleh itu, tidak berlaku kekurangan bekalan dalam negara.  

KETIGA
Meskipun hujan pada kuantiti banyak boleh menyebabkan pengurangan hasil sayur antara 10-20% tetapi tidak mungkin alasan itu boleh menyebabkan harga sayur meningkat melebihi 50%.

Ramai peniaga-peniaga mengambil kesempatan menjadikan alasan banjir sebagai alasan untuk menaikkan harga barang makanan. MOA difahamkan di KL, harga barang makanan meningkat 60-100%. 

HARGA IKAN

Begitu juga dengan bekalan ikan. Banjir besar kali ini berlaku di musim tengkujuh, di mana sememangnya para nelayan pantai timur tidak turun ke laut kerana laut bergelora. Oleh itu, persediaan kita untuk menghadapi kekurangan bekalan ikan sudah dilaksanakan sebelum musim tengkujuh lagi. 

Stok bekalan ikan beku yang disediakan untuk menghadapi musim tengkujuh, kita gunakan untuk disalurkan sebagai bantuan bekalan makanan banjir dan untuk menampung kekurangan bekalan ikan di seluruh negara. LKIM juga telah menghentikan eksport beberapa jenis ikan rakyat sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh/banjir. 

Justeru, MOA telah lancarkan jualan khas di pasar tani yang melibatkan 51 kawasan parlimen yang menawarkan potongan harga sebanyak 16-80% bagi barangan makanan seperti sayur-sayuran, ikan, telur, ayam serta beras. 

Kakitangan kementerian yang menjual sendiri semua barangan tersebut bagi  mencapai tujuan sebenar jualan khas ini diadakan. 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget