KL CHRONICLE: Ini Bukti @RafiziRamli Kaki Fitnah No 1 #Malaysia #Fitnah #PKR

Wednesday, January 28, 2015

Ini Bukti @RafiziRamli Kaki Fitnah No 1 #Malaysia #Fitnah #PKR


Si Pemfitnah Terkenal Malaysia, Rafizi Cuba Tutup Isu Datum Jelatek Dengan Buat Tuduhan Palsu Terhadap Kerajaan BN.


Rafizi Ramli menipu lagi. Semalam di dalam laman sosial Facebooknya, si pendek ini telah mempertikaikan kenapa Kerajaan Malaysia menjual tanah di Iskandar, Johor kepada syarikat hartanah dari negara China. Ini adalah penipuan terbesar Setiausaha Agong PKR.

Tanah bernilai RM2.4 billion yang dikatakan dibeli dari Kerajaan sebenarnya dibeli dari Iskandar Waterfront City Bhd iaitu sebuah syarikat pembinaan tempatan milik rakyat Malaysia. Walaupun nama syarikat tempatan berkenaan ada Iskandar, tapi tidak bermakna ianya milik Kerajaan.

Syarikat berkenaan dimiliki oleh seorang tycoon Cina tempatan, 'billionaire' Lim Kang Hoo. Semua tanah ini telah dibelinya pada harga murah semasa Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997. Pembelian berkenaan berlaku pada masa kemelesetan ekonomi iaitu 9 tahun sebelum projek Iskandar dilancarkan pada tahun 2006. 

Syarikat hartanah dari negara China membeli dari syarikat Malaysia yang memiliki tanah berkenaan secara sah, apa kaitannya pula dengan Kerajaan UMNO & BN wahai si pendek Rafizi Ramli?

Isu sebenarnya adalah si pendek Rafizi mungkin cuba untuk mengalihkan isu Datum Jelatek di Selangor yang kembali hangat awal minggu ini.

Sudah-sudahlah si pendek Rafizi. Isu minyak dan harga barang pun kau spin sampai tergolek. Inikan pula isu tanah di Johor. 

Mungkin Kerajaan boleh memikirkan untuk menyaman Setiausaha Agong PKR ini atas fitnah yang dilakukan olehnya.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget