Sunday, December 14, 2014

Pesanan Ikhlas Datuk Haji Noor Ehsanuddin Kepada Ibu-Bapa

Datuk Haji Noor Ehsanuddin adalah Ahli Parlimen Kota Tinggi
Pada 10 December 2014 yang lalu, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Haji Noor Ehsanuddin telah merasmikan program Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Kelengkapan Sekolah Parlimen Kota Tinggi, bersama JPMM, DUN Sedili, DUN Johor Lama dan Yayasan Mesra dengan kerjasama PLUS Malaysia Berhad. Pada majlis tersebut, seramai 500 orang pelajar telah mendapat bantuan. Kami juga telah menulis tentang program ini di "Tahniah Datuk Haji Noor Ehsanuddin, 500 pelajar terima bantuan di Kota Tinggi - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.com/2014/12/tahniah-datuk-haji-noor-ehsanuddin-500.html#sthash.KTvUG7Uq.dpuf".



Namun, apa yang kami tidak sempat tulis dalam artikel tersebut adalah intipati ucapan persamian Datuk Haji Noor Ehsanuddin dimana beliau dengan ikhlas telah memberi nasihat kepada ibu-bapa dan juga beberapa "tips" untuk bagaimana memastikan anak kita cemerlang dalam bidang akademik dan juga kehidupan. Kami di #KLChronicle telah bernasib baik kerana mendapat "audio recording" Datuk Haji Noor Ehsanuddin dan berikut adalah ringkasan ucapan beliau. 

Pendidikan sememangnya amat penting kepada seorang individu...dengan pendidikan ilmu akan diperolehi..melalui ilmu barulah kita boleh aplikasikan dalam kehidupan seharian kita...bercakap tentang pendidikan..bukan hanya pandai tulis, baca dan mengira...malah pendidikan lebih dari itu yang mana mampu membentuk akhlak dan sahsiah seseorang..lambang ketinggian akhlak seseorang itu bergantung kepada ilmu yang mereka ada...

Orang yang pandai dalam akademik...tak semestinya menguasai ilmu dalam kehidupan..tidak semestinya orang yang dapat gred A penuh dalam semua matapelajaran peperiksaan mempunyai akhlak dan sahsiah yang baik..dalam erti kata lain...pendidikan itu ilmu bukan hanya di atas kertas malah dapat diaplikasikan dalam sistem kehidupan seseorang...

  1. Dalam sistem pendidikan formal negara, kerajaan sudah mula mengorak langkah baru yang mana menumpukan pendidikan holistik bagi menghasilkan insan yang berakhlak mulia.
  2. PT3 diperkenalkan...konsep baru ini lebih mesra guru dan pelajar..kerana data hanya perlu disimpan secara offline.
  3. Pendidikan ini bermula dari awal kelahiran sehingga ke liang lahad.
  4. Bajet 2015 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pun kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 56 billion untuk pendidikan. 
TIPS DALAM MESYUARAT PIBG

Datuk Haji Noor Ehsanuddin juga, pada majlis yang sama memberi beberapa tips kepada ibu-bapa dalam bagaimana menyuarakan pendapat mereka kepada pihak sekolah demi kemajuan pendidikan anak-anak mereka. Antara tips nya adalah:

1) Pandai Belajar
2) Pandai Kerja dan Kepakaran
3) Pandai Aplikasi Komuniti
4) Pandai Pertimbangan
5) Pandai Jaga, Pertahan dan Jaga Maruh

Kami di #KLChronicle berpendapat tips yang diberikan Datuk Haji Noor Ehsanuddin ini boleh dipraktikan oleh ibu bapa tidak kira di bandar ataupun dikawasan luar bandar. Nescaya ilmu yang diperoleh dari anak-anak kita disekolah akan menjadikan mereka insan yang berguna bagi agama, bangsa dan negara. 

No comments:

Post a Comment