Sunday, December 14, 2014

Pemandu Teksi UBER Rogol Penumpang Wanita


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu kes rogol yang berlaku di New Delhi, India yang melibatkan seorang pemandu Teksi UBER. Pemandu tersebut telah merogol seorang penumpang wanita yang telah menaiki teksi beliau.




Setelah siasatan dilakukan, telah didapati bahawa pemandu teksi ini mempunyai kes jenayah yang lampau namun kerana UBER ini berfungsi diluar batas undang-undang tiada tindakan diambil. 

Jika pembaca masih ingat, blog ini pada beberapa bulan yang lepas telah menulis beberapa artikel " UBER Teksi, Perspektif dari Seorang Pengguna Pengangkutan Awam :  http://thekl-chronicle.blogspot.com/2014/08/uber-teksi-perspektif-dari-seorang.html?m=1" mendesak supaya perkhidmatan teksi UBER ini dimasukkan dalam sistem undang-undang negara. 

Menyedari masalah berkaitan UBER Teksi, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa UBER Teksi perlu mematuhi undang-undang negara untuk beroperasi. Jika tidak tindakan akan diambil.

Bagi kami, tindakan SPAD ini adalah tepat dan hanya dilakukan untuk menjaga keselamatan serta kepentingan pengguna. Diharapkan juga pihak UBER Teksi tidak berdegil dan akan mematuhi undang-undang negara pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment