KL CHRONICLE: @MyRapidKL Perkenal Tren Monorail Baru 4 gerabak, Akan Beroperasi Awal Tahun Hadapan

Tuesday, December 16, 2014

@MyRapidKL Perkenal Tren Monorail Baru 4 gerabak, Akan Beroperasi Awal Tahun Hadapan


Tahniah diucapkan kepada pihak PRASARANA Malaysia Berhad kerana hari ini telah berjaya melakukan "Trial Run"  Tren Monorail Baru 4 gerabak bagi pengguna KL Monorail di bandar Kuala Lumpur.




Umum ketahui bahawa tren Monorail kini beroperasi "to its maximum capacity" dimana hampir 72,000 orang menggunakan perkhidmatan monorail setiap hari. 


Menyedari perkara ini, pihak PRASARANA Malaysia Berhad telah mengambil langkah proaktif untuk menaikkan kapasiti KL Monorail dengan menyediakan Tren Monorail Baru 4 gerabak (Kini KL Monorail beroperasi dengan koc 2 gerabak).

Dengan penambahbaikkan ini, dianggarkan jumlah "ridership" KL Monorail yang kini berjumlah 72,000 dapat digandakan seterusnya membawa satu perubahan yang positif kepada rakyat. 


Esok kami akan menceritakan tentang 4 kelebihan/ciri utama tren KL Monorail yang baru ini dan kami yakin rakyat akan berasa gembira dengan inisiatif syarikat PRASARANA Malaysia Berhad dan kerajaan Barisan Nasional.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget