#DSIS bersama warga BERA yang berada di Kuala Lumpur |
Semalam kami di #KLChronicle diberi maklumat bahawa Ahli Parlimen Bera merangkap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri telah menagadakan satu perjumpaan santai bersama pengundi-pengundi Parlimen Bera di Havoc Bistro, Kampung Baru. Ini adalah perjumpaan kali kedua yang diadakan secara santai oleh Datuk Seri Ismail Sabri untuk berjumpa dengan rakyat secara "informal".
Pada program semalam, kami difahamkan hampir 200 orang yang terdiri daripada pengundi dan anak kelahiran Bera telah datang dan "lepak" bersama Datuk Seri Ismail Sabri. Makanan yang dihidangkan juga adalah "simple" seperti air kopi, teh, nasi lemak, roti john dan karipap. Nothing fancy, just simple food.
Santai minum kopi bersama tetamu |
Sambil tetamu menjamu selera, mereka juga dapat berinteraksi secara santai dan informal bersama Datuk Seri Ismail Sabri sambil memberikan pendapat mereka tentant isu-isu semasa yang membelenggu rakyat. Disamping itu, kami difahamkan juga tetamu yang hadir juga berasa senang dengan layanan yang diberikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri terhadap mereka. Antara yang kami dengar adalah #DSIS is a good listener, sangat friendly dan terbuka untuk bergambar dengan sesiapa yang hadir.
#DSIS Bergambar bersama peminat |
Bagi kami di #KLChronicle, diharapkan #DSIS dan team beliau akan terus melakukan program santai sebegini kerana program sebeginilah yang disukai oleh anak muda dan rakyat marhaen. Bukan program yang penuh protokol dimana mereka yang hadir tidak dapat bercakap ataupun bergambar dengan pemimpin-pemimpin negara.
Program santai sebegini yang dilakukan oleh #DSIS seharusnya dijadikan "benchmark" oleh pemimpin lain untuk menarik balik sokongan anak muda kepada rakyat. Apa pendapat korang?
No comments:
Post a Comment