Sunday, December 7, 2014
Dato Dr. Mashitah beri keterangan pada @PDRMsia , Apa Lagi @LimKitSiang Mahu?
Berpegang kepada prinsip "Berani kerana Benar" , Ketua Wanita UMNO Baling Dato Dr. Mashitah Ibrahim hari ini telah tampil memberi keterangan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan dengan ucapan beliau pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang telah diadakan baru-baru ini.
Umum ketahui bahawa pemimpin DAP, terutamanya Dyana Sofya dan mentor beliau, Lim Kit Siang telah membuat laporan polis terhadap ucapan Dato Dr. Mashitah Ibrahim yang dikatakan kononya telah "menghasut" rakyat Malaysia.
Keterangan Dato Dr. Mashitah Ibrahim telah diambil oleh "Investigating Officer" (IO), Saudara ASP Wan Aeidil pada tengah hari tadi. Kami di #KLChronicle ingin mengucapkan tahniah kepada Dato Dr. Mashitah Ibrahim kerana tampil kehadapan dan memberi keterangan kepada pihak polis tanpa memberikan pelbagai alasan dan melakukan penangguhan seperti KETUM PKR Anwar Ibrahim.
Kami juga masih tertanya, bila Dyana Sofya hendak membuat laporan polis berkaitan gambar terkutuk beliau yang tersebar selama ini bersama seorang lagi pemimpin DAP, Zairil Khir Johari?
Adakah Dyana Sofya terlalu benci dengan perjuangan UMNO untuk mempertahakan Agama, Bangsa dan Tanah Air sehingga beliau tidak kisah gambar terkutuk beliau bersama Zairil Khir Johari tersebar di internet sehingga tidak membuat laporan polis sehingga hari ini?
Sedarlah Dyana Sofya bahawa musuh kamu bukan UMNO, tetapi musuh kamu adalah didalam parti DAP itu sendiri yang telah mensabotaj kamu dengan menyebarkan gambar kamu sehingga menjatuhkan kredibiliti kamu sebagai seorang pemimpin Melayu/Islam.
No comments:
Post a Comment