@LimKitSiang kini bermain wayang dalam memberi tekanan kepada PAS |
DAP sekali lagi meragui kemampuan Pakatan Rakyat (PR) kekal bersama sehingga Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) sekiranya tiga gabungan parti itu terus berdepan dengan masalah dalaman, lapor akhbar Sinar Harian ini.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata beliau sendiri tidak boleh menjawab akan masa depan PR kerana mengakui ada perkara yang tidak berjalan dengan baik dalam parti tersebut.
Beliau berkata PR sudah tidak bermesyuarat selama enam bulan yang mana ia menentukan dasar bersama PR dan prinsip konsensus perikatan parti tersebit.
"Ia tidak lagi menjadi rahsia bahawa ada perkara tidak berjalan dengan baik dalam PR.
"Inilah juga sebab mengapa majlis presiden PR tidak dapat bermesyuarat selama enam bulan bagi mengesahkan dasar bersama PR dan prinsip konsensus yang merupakan dua prasyarat utama menyelamat PR dan memulihkan keyakinan orang ramai," katanya dipetik daripada laman blog pemimpin DAP semalam.
Beliau berkata sekiranya berlaku pelanggaran konsesus PR seperti isu hudud, ia akan memberi kesan tidak baik kepada pengaruh sokongan rakyat terhadap gabungan tiga parti itu.
Katanya PR perlu membayar harga yang tinggi dalam konteks hilang undi popular, kerusi Parlimen dan negeri sekaligus kehilangan keyakinan rakyat.
Sementara itu, Sinar Harian turut memetik komen Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hasan yang berkata kenyataan Lim itu membayangkan hubungan PR semakin longgar.
Katanya "signal' tersebut semakin jelas apabila ia datang daripada pemimpin PR sendiri.
"Kami sebagai orang bawah hanya ikut apa sahaja yang diputuskan pemimpin kami dalam PR. Kalau sudah tidak nampak lagi jalan yang boleh meneruskan hubungan baik dalam parti, buat apa tunggu lagi," katanya kepada Sinar Harian.
Meskipun begitu Nasarudin berpendapat sekiranya PR dapat memperbaiki masalah dalaman, ketiga pemimpin parti itu perlu duduk bersama berbincang.
Katanya lagi, biarpun apa yang dibangkitkan Lim mungkin hanya pandangan peribadi, namun harus tidak dipandang remeh kerana ia melibatkan kerjasama PR.
"Sebagai seorang pemimpin mungkin ada benarnya apa dikatakan beliau tapi kalau beliau mahu kerjasama kukuh sepatutnya keluarkan kenyataan yang positif.
"Segala permasalahan dan persoalan parti perlu diselesaikan secara baik, kita sebagai orang bawah tidak boleh beri pandangan lebih, semuanya terpulang kepada pemimpin kami," katanya.
Masalah dalaman antara PR semakin ketara terutama ketika isu pertukaran menteri besar Selangor dulu, yang menyaksikan Azmin Ali Mohamed menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ia seterusnya menyaksikan PAS kerap kali dihina dan dibidas oleh DAP terutama presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak lagi memberi komitmen menghadiri program bersama PR. – 9 Disember, 2014.
1 comment:
Sandiwara DAP, kerana ketiga-tiga parti itu memerlukan antara satu sama lain ...tapi DAP tegas dan PAS pula asyik diperbodohkan, seolah-olah Pas tidak ada pengaruhnya sendiri walhal Pas diasaskan sebelum PR ditubuhkan !.
Post a Comment