KL CHRONICLE: Akhirnya UM gantung Fahmi 2 semester, denda RM600 kerana bawa @anwaribrahim masuk kampus

Wednesday, December 10, 2014

Akhirnya UM gantung Fahmi 2 semester, denda RM600 kerana bawa @anwaribrahim masuk kampus

Fahmi antara "orang Anwar" dalam UM
Universiti Malaya (UM) akhirnya memutuskan untuk menggantung dan mendenda dua mahasiswa yang menganjurkan program "40 Tahun Dari UM ke Penjara" Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober lalu selepas hampir 12 jam prosiding tatatertib yang melibatkan mahasiswa tersebut.




Pemberontak Fahmi Zainol digantung pengajian selama 2 semester dan didenda sebanyak RM600 manakala rakannya Safwan Shamsuddin digantung selama satu semester dan didenda sebanyak RM300.

Prosiding tatatertib itu juga menyaksikan Abraham Au digugurkan pertuduhan dan Khairul Najib Hashim diberi amaran.

‎Pada ‎7 November lalu, UM memulakan prosiding tatatertib pertama terhadap Fahmi dan 7 rakannya kerana membawa masuk Anwar tanpa kebenaran pihak pengurusan UM.

Pada 27 Oktober lalu hampir 100 mahasiswa UM merempuh pagar untuk membawa masuk Anwar selepas pihak pentadbiran universiti mengambil keputusan tidak membenarkan program itu diadakan.

Manakala empat yang lain iaitu Haw Yu Hong, Khairul Anwar, Adam Fistival Wilfrid dan Syamimi Munira Mohamed masing-masing dikenakan denda sebanyak RM150 berserta amaran.

Sementara itu Fahmi yang ditemui selepas prosiding tersebut berkata agak kecewa dengan keputusan panel disiplin UM yang diketuai Profesor Dr Zanariah Abdullah kerana "tidak adil" dan menyekat kebebasan bersuara.

Bagaimanapun Fahmi terkejut kerana UM tidak membuangnya dan yang lain daripada universiti.

"Hukuman ini tidak ada apa-apa, kecil bagi saya. 

Fahmi yang juga pelajar tahun akhir Fakulti Sastera dan Sains Sosial ‎berkata tidak akan teragak-agak membawa kes ini ke mahkamah.

Namun Fahmi berkata, mereka akan membuat rayuan di universiti terlebih dulu.

"Kami sudah menyiapkan draf surat rayuan dan akan mengesahkan kandungan surat itu dalam mesyuarat pagi esok sebelum diserahkan kepada Naib Canselor Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin.

Beliau bersama rakannya yang keluar dari bilik prosiding kira-kira jam 10.30 malam disambut penyokong PKR termasuk Adam Adli Abdul Halim.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget