Friday, November 21, 2014

Putrajaya henti subsidi RON95, diesel bermula 1 Disember

Subsidi petrol RON95 dan diesel akan dihentikan mulai 1 Disember, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 November, 2014.


Semua subsidi untuk RON95 dan diesel akan dihentikan mulai 1 Disember kerana harga pasaran lebih rendah berbanding harga di pam, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek.



Ketika mengumumkannya pada sidang media hari ini, Hasan berkata harga jualan petrol RON95 dan diesel akan ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal.

Katanya, penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Disember bergantung pada harga pasaran minyak dunia sepanjang November. – 21 November, 2014.

1 comment:

  1. Menteri ni kalau buat pengumuman biarlah jelas! Jgnlah pengumuman yg mengelirukan rakyat! Mmg ramai dah pandai tapi yg dibodohkan macai pun ramai! Kena bertanggungjawab sikit Pak Menteri oii!

    ReplyDelete