@mpkotabelud bersama @khairykj dan @razlanrafii |
Pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO tahun lepas, salah satu cadangan dalam ucapan dasar saya adalah program rumah transit.
Rumah transit merupakan rumah sewa sementara yang disediakan khusus untuk pasangan muda di kawasan bandar. Ramai orang muda mengadu tidak dapat menyewa rumah dengan kadar yang rendah terutama bila baharu mendirikan rumah tangga.
Atas permintaan itu, Pemuda UMNO mencadangkan agar rumah transit ini diwujudkan untuk sewaan sementara.
Alhamdulillah, suara Pemuda didengari Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Datuk Abdul Rahman Dahalan. Beliau dengan segera menerima idea tersebut dan menyediakan dua blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang baharu siap di Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebagai Rumah Transit 1Malaysia yang pertama.
@mpkotabelud bersama @razlanrafii dan @khairykj |
Hari ini Datuk Rahman dan saya telah melawat Rumat Transit tersebut. 632 unit disediakan dengan keluasan 650 kaki persegi setiap unit. Kadar sewa sebulan hanya RM250 dan tempoh sewaan selama dua tahun. Pemohon yang layak adalah pasangan yang berumur 30 dan ke bawah; tidak mempunyai rumah sendiri di KL, bekerja di Lembah Klang dan mempunyai pendapatan isi rumah RM3 ribu & ke bawah setiap bulan.
Rumah Transit 1Malaysia Bukit Jalil ini sedia untuk diduduki pada Januari 2015.
Datuk Rahman juga telah mengumumkan bahawa setiap projek PPR terutama di kawasan-kawasan populasi belia yang tinggi akan menyediakan rumah transit. Yang akan datang 10% dari unit-unit PPR baharu di Kepong, JB, Kuala Terengganu dan Kota Kinabalu akan dijadikan rumah transit.
Kami juga tahu ini bukan penyelesaian jangka masa panjang. Tempoh sewaan rumah transit hanya dua tahun. Sebab itu kerajaan bukan hanya menyediakan rumah transit sebagai penyelesaian. Skim Perumahan Belia, Skim Rumah Pertamaku, Bandar Belia atau 1Malaysia Youth Cities dan pembinaan lebih banyak lagi rumah mampu milik merupakan penyelesaian jangka masa panjang yang juga diusahakan oleh kerajaan.
Rumah transit merupakan langkah complimentary kepada program jangka masa panjang. Program rumah transit dapat menyediakan rumah di kawasan strategik dengan kadar sewaan yang rendah untuk pasangan belia sementara mereka mencari rumah untuk dimiliki. Berdasarkan permohonan yang diterima setakat ini, ramai pasangan yang minat untuk menyewa rumat transit ini.
Terima kasih sekali lagi pada KPKT bawah Datuk Rahman kerana mendengar suara Pemuda yang sentiasa membela nasib anak muda Malaysia. Let's continue to walk the talk!
No comments:
Post a Comment