KL CHRONICLE: Datuk Dr. Mashitah Kini diberi Peluang berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014, Sentuh Isu Serangan Akidah Terhadap Umat Islam

Tuesday, November 25, 2014

Datuk Dr. Mashitah Kini diberi Peluang berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014, Sentuh Isu Serangan Akidah Terhadap Umat Islam


Penulis ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Haji Najib Tun Razak kerana telah memberikan kepercayaan dan peluang kepada ahli Agama untuk berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang akan datang. Umum ketahui bahawa UMNO telah selama bertahun-tahun dikritik dan dihina oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) kerana kononya UMNO tidak memberi peluang kepada golongan alim dan agama untuk bergiat aktif dalam UMNO.



Namun, this is all in the past now. Terbaru yang kami dengar, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, penceramah agama yang popular satu ketika dahulu kini akan diberi peluang untuk berucap dan berbahas pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 yang akan datang.Datuk Dr. Mashitah telah diberi peluang untuk berbahas usul ekonomi dan pendidikan. Kami di #KLChronicle rasakan topik yang diberikan kepada Datuk Dr. Mashitah Ibrahim bersesuaian dengan kekuatan beliau. 

Kami turut difahamkan bahawa antara isu yang akan dibahas oleh Datuk Dr. Mashitah Ibrahim ialah mengenai serangan terhadap akidah dan mencetuskan kekeliruan di kalangan rakyat beragama Islam.

"Saya juga mungkin juga nak menekankan tentang penggunaan dan pemahaman tentang perkataan "jihadist" yang merupakam istilah baru yang diperkenalkan oleh Barat.

Pada saya bila tambah huruf "ist" ia melambangkan kepada fanatik. Misalnya kalau kita sebut "terror" jadi terrorist. Ini apa pula dipanggil Jihadist dan Islamist?

"Ini adalah istilah-istilah baharu yang dicipta oleh Barat yang sering mengatakan Jihadist orang Muslim. Mereka melihat Jihadist macam "terrorist". Maka saya nak memperbetulkan kekeliruan kita mengenai istillah ini supaya kita tidak terikut-ikut dengan cara hidup orang lain."


Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, dia merasakan itu semua sebahagian daripada agenda pihak Yahudi untuk mempengaruhi orang Islam supaya menukar budaya mereka.

Secara konklusinya, kami berharap semoga ucapan Datuk Dr. Mashitah akan memberikan impak yang besar terhadap ahli Wanita UMNO. Sudah tiba masanya ahli UMNO secara khususnya mula menghargai ahli agama dalam parti supaya tidak timbul lagi isu bahawa UMNO tidak menghargai usaha serta perjuangan ahli agama dalam parti. Apa pendapat pembaca?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget