Friday, November 28, 2014

Budaya Melayu yang Sopan Santun Sebabkan Bukan Melayu Naik Minyak

Antara sikap orang Cina yang biadap
Sikap sopan santun yang menjadi budaya Melayu menyebabkan masyarakat bukan Melayu di negara ini tidak menghormati kaum Melayu, kata Perwakilan Umno Terengganu Mohd Iskandar Jaafar. 

Berucap membahaskan ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini, Iskandar berkata, komuniti Melayu harus bangkit dan tidak terlalu "bersopan-santun" dengan kaum lain. 



"Hari ini, bukan Islam, terutamanya dilihat mengambil kesempatan kepada orang Islam kerana perangai mereka tidak seperti kita, mereka tidak hormat dan tidak sopan santun seperti kita, tidak 'malu mata' kepada rakan-rakan...sebab itu mereka ambil kesempatan kepada orang Melayu," katanya dalam ucapan perbahasan itu. 


"Maka pada hari ni kita bangun dan bangkit daripada penyakit atau masah lama kita terlalu hormat kepada orang lain," katanya. 

Beliau berkata, sudah tiba masanya masyarakat Melayu menjadi bangsa yang dikenali dan tidak memerlukan budaya sopan santun. 

"Jangan lagi kita ketinggalan di belakang, sudah cukup bangsa kita dikenali sebagai sangat sopan santun, tidak perlu lagi," katanya. 

Beliau berkata, keputusan Najib untuk mengekalkan Akta Hasutan adalah tepat kerana kebanyakan perwakilan ternanti-nanti untuk "menghentam" beliau sekiranya memutuskan akta berkenaan dimansuhkan. 

"Tetapi dalam kemarau dan panas, Najib menurunkan hujan dan menyejukkan hati kami dengan mengekalkan Akta Hasutan. 

"Saya menilai Akta Hasutan ini daripada segi ironinya adalah pertembungan di antara orang Islam dan bukan Islam. 

"Saya melihat, isu ini pada awalnya merujuk kepada akta ini tidak lebih daripada perangai umat Islam dan bukan Islam," katanya.

Selain dikekalkan, Najib turut berkata akta itu akan diperkukuh dengan menambah peruntukan khas bagi melindungi kesucian agama Islam dan agama lain serta mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menuntut pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. 

"Sebagai perdana menteri, saya memutuskan Akta Hasutan akan terus dikekalkan, malah akta ini akan dipertahan dan diperkukuhkan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2014 semalam.

"Akta ini akan dikuatkuasakan secara adil supaya kita benar-benar mewujudkan Malaysia yang lebih aman, stabil dan harmoni," katanya.

Najib berkata keputusan mengekalkan akta itu dibuat selepas mempertimbangkan dan mendapat nasihat semua pihak walaupun beliau pernah berjanji memansuhkannya.

"Setelah saya dengar pandangan Pemuda dan Puteri, akar umbi dan pertubuhan bukan kerajaan, saya mengumumkan Akta Hasutan akan terus dikekalkan," katanya.

Najib pada 11 Julai 2012 berkata, Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional sebagai sebahagian daripada program transformasi kerajaan.

1 comment:

  1. Islam menyuruh umatnya bersopan santun tapu tegas dan keras terhadap orang kafir. Melayu ikut suruhan bersopan santun tapi meninggalkan suruhan tegas dan keras. Bab berhybungan dgn org kafir, org Melayu ikut suruhan sekular dan liberal.

    ReplyDelete