Friday, November 28, 2014

41,600 Profesional Muda Bakal Dilantik AJK Cawangan UMNO



Usaha UMNO untuk memperkasa keterlibatan Profesional Muda dalam UMNO nampaknya kini gaining momentum apabila Datuk Noor Ehsanuddin, Ahli Parlimen Kota Tinggi telah mencadangkan bahawa setiap ketua cawangan UMNO melantik 2 profesional muda sebagai AJK Cawangan. Memandangkan UMNO mempunyai 20,800 ketua cawangan, jumlah lantikan profesional muda sebagai AJK cawangan akan melonjak ke 41,600 orang!



Bagi kami di #KLChronicle, usul yang dicadangkan oleh Datuk Noor Ehsanuddin ini bertepatan dengan mesej yang disampaikan oleh Presiden UMNO iaitu mahukan peremajaan parti berlaku dari bawah iaitu cawangan seterusnya ke bahagian, negeri dan akhir sekali di Pusat. Persoalannya sekarang, adalah Ketua Cawangan mahu melantik 2 orang profesional muda sebagai AJK Cawangan?

Umum ketahui bahawa profesional muda ini rata-ratanya mempunyai latar belakang pendidikan yang baik, termasuk menjawat jawatan dalam syarikat-syarikat korporat. Bagi kami, penglibatan mereka dapat membantu UMNO dari segi:

  1. People Management i.e. Pengurusan ahli UMNO
  2. Planning bagi setiap tahun, termasuk program yang dilakukan dll.
  3. Networking i.e. profesional muda dapat mendekatkan syarikat korporat dengan ahli UMNO
  4. Idea i.e. menyumbang idea bagi UMNO melakukan program yang tidak "syok sendiri"
Banyak lagi kami rasa perkara positif yang dapat dibawa oleh Profesional Muda ini. Persoalannya adakah Ketua Cawangan mahu? Apa pendapat pembaca?


No comments:

Post a Comment