KL CHRONICLE: Setelah Gagal di #Malaysia , kini @Rafiziramli Cuba Burukkan Imej Negara di #Australia

Friday, October 3, 2014

Setelah Gagal di #Malaysia , kini @Rafiziramli Cuba Burukkan Imej Negara di #Australia


Enam ahli Parlimen PKR membawa bantahan mereka terhadap siri tangkapan mengikut Akta Hasutan Putrajaya ke lima bandar di Australia bulan ini yang dilihat akan menggugat hubungan dua negara, ketika kerajaan kedua-dua negara menjalin hubungan erat ekoran dua tragedi berkaitan pesawat Malaysia Airlines (MAS).




Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli akan mengetuai pasukan ke Melbourne, Canberra, Adelaide, Perth dan Sydney dari 17 hingga 23 Oktober.

"Sebahagian daripada perjalanan kami adalah untuk mengetengahkan tindakan keras akta ini dan memaklumkan kepada mereka tentang ekonomi Malaysia," Rafizi memberitahu The Malaysian Insider.

Delegasinya termasuk Darell Leiking yang juga ahli Parlimen Penampang, Sim Tze Tzin (Bayan Baru) dan Wong Chen (Kelana Jaya) dan dua Adun – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad Selangor dan Adun Semambu Pahang Lee Chean Chung.

Mereka akan bertemu pelajar Malaysia, ahli akademik, pegawai kerajaan Australia dan ahli Parlimen, termasuk Senator Bebas Nick Xenophon, yang merupakan rakan rapat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia dan Australia bekerjasama secara rapat sejak kehilangan MH370 pada Mac, dengan Australia kini mengetuai pencarian antarabangsa di Selatan Lautan Hindi. Terdapat enam warga Australia dalam penerbangan itu.

Australia juga mempunyai 38 mangsa, termasuk penduduk tetap dalam pesawat MH17 yang ditembak jatuh semasa terbang di kawasan konflik di timur Ukraine dalam perjalanannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai.

Tiada yang terselamat dalam kemalangan itu dan siasatan forensik masih berjalan untuk mendapatkan mayat dan menentukan siapa bertanggungjawab terhadap insiden itu.

Rafizi berkata, terdapat banyak kepentingan Australia dalam perkembangan semasa di Malaysia.

Katanya, satu lagi topik perbincangan akan dibangkitkan adalah rayuan Anwar terhadap sabitan kes liwat beliau.

Anwar merayu mengenepikan sabitan Mahkamah Rayuan yang mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Rayuan itu ditetapkan untuk didengar Mahkamah Persekutuan pada 28 Oktober.

Kerjaya politik ketua umum PKR itu sebagai wakil rakyat akan berakhir jika disabitkan dan didenda lebih daripada RM2,000 atau penjara lebih setahun dan tidak menerima pengampunan.

"Saya rasa ia adalah amat penting untuk mengetengahkan kes Anwar di Australia dan tindakan keras Akta Hasutan kerana terdapat ramai yang memberi perhatian terutama penggubal undang-undang Australia dan pelajar Malaysia. Mereka umumnya "bimbang" dengan rekod hak asasi manusia kita," katanya.

Rafizi berkata, pasukan itu akan berucap pada forum dan dialog yang dianjurkan university di Australia mengenai isu ini.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget