KL CHRONICLE: @RahmanHussin : MEMBANTERAS KEMISKINAN BANDAR #SayaGalas

Tuesday, October 28, 2014

@RahmanHussin : MEMBANTERAS KEMISKINAN BANDAR #SayaGalas

Calon Parlimen Belia W020 KL

Halangan utama bagi setiap negara untuk berubah dari sebuah ekonomi negara dunia ketiga (pertanian) kepada ekonomi negara dunia pertama (perindustrian) adalah masalah kemiskinan. Memang benar ini adalah satu cabaran yang kian meningkat di mana kita sendiri dapat perhatikannya di sekeliling kita. 




Jika dibandingkan dengan kekuatan ekonomi negara Barat, kita jauh ketinggalan di belakang dengan jurang yang besar. Sektor perindustrian kita masih lagi belum dalam peringkat matang dan sebarang usaha untuk mengukuhkan ekonomi dan membanteras kemiskinan akan menjadi satu tugas yang sukar.

Namun, ianya tidak bermakna kita selamanya terkebelakangan mahupun kita menyerah kalah!

Tindakan utama yang harus dilaksanakan adalah untuk membantu saudara-saudara kita yang telah dengan beraninya mengalas tanggungjawab besar untuk memulakan sebuah keluarga. Bantuan yang lebih besar akan disediakan untuk mengukuhkan kapasiti ekonomi mereka. 

Merangkumi sudut penjagaan kanak-kanak, penjagaan sewaktu tempoh mengandung sehinggalah peluang pekerjaan, kita akan pastikan bahawa pekerjaan dalam sektor swasta dan awam bukanlah sumber pendapatan yang wujud untuk rakyat di negara ini.

Kita takkan biarkan Malaysia menjadi sebuah tanah di mana terkuburnya harapan dan impian rakyatnya. Pusat pekerjaaan yang diwujudkan khas untuk memberi peluang untuk menambah dan menawarkan alternatif sumber pendapatan bagi mereka yang terpinggir dan mereka yang telah dibuang kerja mempunyai kekuatan kembali untuk berani mempunyai impian. 

Ini adalah tanggungjawab kita untuk melaksanakan sebaik yang mungkin dalam membentuk kemahiran, pengetahuan dan kapasitas saudara-saudara kita supaya suatu hari nanti mereka tidak lagi dibelenggu oleh jurang pendapatan dan mampu untuk berjaya dan bukan lagi hanya sekadar untuk mengalas perut yang lapar; untuk dibayar gaji kos hidup dan bukannya gaji minima.

Kita memegang amanah ini pada diri kita dan kita akan mengalas cabaran ini dengan bahu kita. Wahai saudara-saudara ku, apa yang kita putuskan untuk laksanakan hari ini bukanlah hanya janji kosong tetapi ianya adalah fakta. Nasib kita hari ini adalah di tangan kita, terpulang sama ada kita mahu ianya bertukar atau tidak. Mari kita bersatu tenaga dan impikan sebuah negara yang lebih baik. Berikan makna kepada kehidupan kita, usah hanya sekadar wujud tetapi hidup semekarnya!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget