Wednesday, October 8, 2014

@mpkotabelud : JPP bukan seperti PPS, Tidak Akan Dianggotai Penjenayah atau Bekas Penjenayah



Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini memberitahu Parlimen bahawa lantikan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) adalah sebagai satu usaha kerajaan pusat mendekati penduduk luar bandar secara terus.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata pelantikan JPP tidak seharusnya menjadi isu kerana fungsinya ialah menjadi orang tengah antara penduduk dengan kerajaan dan ia tidak bercanggah dengan kuasa pihak berkuasa tempatan atau ahli majlis kerajaan negeri (Exco).



"JPP ini merupakan saluran penduduk dengan pihak berkuasa, ia merupakan satu inisiatif diperkenalkan kerajaan persekutuan untuk melaksanakan transformasi di kawasan luar bandar bagi meningkatkan penyertaan rakyat," katanya pada Sidang Dewan Rakyat.

Namun, Ahli Parlimen Ipoh Timur Thomas Su (DAP) dalam soalan tambahannya mahu menteri itu menjelaskan pelantikan JPP itu yang didakwanya melanggar Perlembagaan Persekutuan seperti Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

Menjawab persoalan ini, Rahman berkata, isu perbandaran bukan hak mutlak kerajaan negeri.

"Kerajaan persekutuan juga punyai hak untuk pembangunan dan memberi pandangan. Isu perbandaran kini semakin kompleks. Tidak ada kata kita melanggar perlembagaan.

"Kalau begitu, apa beza dengan penubuhan PPS, kerana kita sudah ada Rela? Konsepnya sama, iaitu penambahbaikan. Ia tidak menjadi isu di negeri lain, kecuali pada negeri pembangkang sahaja," katanya. – 8 Oktober, 2014.

MENYUSUL LAGI

No comments:

Post a Comment