Wednesday, October 8, 2014

Kini @LatheefaKoya Kata Tuduhan ancam bunuh @MyKinabatangan "palsu" dan "berniat jahat"

A screenshot of Bung Mokhtar Radin’s Twitter page showing Latheefa Koya’s tweet following his support of the Sedition Act. – October 7, 2014.
Ugutan yang dibuat terhadap @MyKinabatangan

#KLChronicle Says : Jika seorang ahli Parlimen juga boleh menerima ugutan sedemikian, cuba fikirkan apa yang akan berlaku kepada rakyat marhaen apabila pemimpin pembangkang mula berkuasa. Adakah jika kita tidak bersetuju dengan kerajaan Pakatan Rakyat kita juga akan "dihapuskan" ? 

Memandangkan laporan polis telah dibuat terhadap Latheefa Koya dan keselamatan YB Kinabatangan kini terancam, kami merasakan pihak Polis wajar menyiasat perkara ini supaya tidak ada perkara yang tidak  elok berlaku terhadap YB Bung.

 
Tuduhan ancaman bunuh yang didakwa Datuk Bung Moktar Radin dibuat Latheefa Koya terhadapnya adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Latheefa.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu berkata, kenyataan dalam laman Twitter miliknya tidak boleh dianggap sebagai "ancaman bunuh" kepada ahli Majlis Tertinggi Umno itu.

"Saya ingin menyatakan saya tidak membuat sebarang ancaman bunuh kepada Bung dan tweet saya tidak boleh dianggap sebagai ancaman bunuh dalam apa juga keadaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini di Kuala Lumpur.

Beberapa ahli Umno Kinabatangan sebelum ini dilaporkan membuat laporan polis terhadap Latheefa kerana didakwa mengeluarkan ancaman berkenaan kepada Bung Moktar ketika berbalah berkenaan Akta Hasutan 1948 di laman sosial mereka.

"Laporan polis itu bukan saja palsu, malah dirancang dengan niat jahat oleh ahli Umno dengan tujuan untuk menakut-nakutkan dan memaksa polis mengambil tindakan meskipun tiada sebarang kesalahan dilakukan," kata Latheefa.

Beliau turut memberi amaran untuk mengambil tindakan perundangan terhadap pihak yang membuat dakwaan tidak berasas yang mengatakan beliau mengeluarkan ancaman bunuh.

Beliau berkata, sumber polis seharusnya digunakan untuk membanteras jenayah sebenar dan tidak dibazirkan dengan motif politik yang dilakukan sesetengah ahli Umno.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu sebelum ini memberi tempoh 24 jam kepada Latheefa menjelaskan kenyataan dan memohon maaf sebelum bertindak membuat laporan laporan polis kerana mengugutnya.

"@Sandran41H @LatheefaKoya Saya meminta pihak @PDRMsia menyiasat kenyataan @LatheefaKoya utk menghapuskan saya, ini satu ugutan melampau," kata Bung Moktar melalui akaun Twitternya @MyKinabatangan.

"@khairulryezal @PDRMsia saya memberi 24jam kpd (kepada) @LatheefaKoya memberi penjelasan dan mrmohon (memohon) maàf kpd saya..if not (jika tidak) saya akan buat Lp' (laporan) polis," katanya.

Kenyataan Bung Moktar itu kemudian dibalas Latheefa: "@MyKinabatangan saya bagi kamu 24 jam untuk tarik balik ugutan terhadap rakyat Malaysia untuk guna Akta Hasutan!"

Latheefa merujuk kepada ucapan ahli Parlimen Kinabatangan itu dalam Dewan Rakyat sebelum ini yang menggesa supaya polis menahan individu yang menentang Akta Hasutan dan mendakwa golongan terbabit membawa "pengaruh buruk".

Kemarahan Bung Moktar itu tercetus selepas pengikutnya di Twitter menyiarkan paparan kenyataan awal Latheefa sebelum ia dipadamkan.

Tindakan itu bagaimanapun mengundang kritikan beberapa pengguna Twitter lain kerana cuba mengugut Latheefa.

Pengguna akaun @ellifamira berkata: "@LatheefaKoya @adrianlimcheeen @MyKinabatangan @PDRMsia Adakah dia mampu menghapuskan kamu, Bung. Tolonglah bersikap matang."

Bung Moktar kemudian membalas: "Saya cuma perlukan penjelasan daripadanya...sekarang ini sesiapa saja mampu membunuh." – 8 Oktober, 2014.

No comments:

Post a Comment