KL CHRONICLE: Kenapa Segelintir Pemandu Teksi Biadap & Kurang Ajar?

Friday, October 31, 2014

Kenapa Segelintir Pemandu Teksi Biadap & Kurang Ajar?



Saya merujuk kepada satu berita yang dikeluarkan oleh portal online New Strait Times Online [DISINI] dan [DISINI] dimana didalam portal tersebut telah menceritakan satu kes yang berlaku di Langkawi baru-baru ini dimana anggota Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah diancam oleh hampir 40 orang pemandu teksi yang tidak berpuashati pihak SPAD menjalankan operasi mereka.



Bagi saya, kes sebegini telah banyak kali berlaku dan yang selalu kita dengar adalah dikawasan Bukit Bintang dimana pemandu teksi yang tidak menggunakan meter memarahi pegawai SPAD yang melakukan pemeriksaan. Cuba kita bayangkan, jika pegawai penguatkuasa SPAD pun boleh dimarahi dan dimaki sebegitu rupa, apalah sangat penumpang teksi baik yang tempatan ataupun pelancong luar negara?



Secara peribadi, saya merasakan perlu dilakukan satu "anjakan paradigma" dalam pemikiran pemandu teksi Malaysia dimana mereka tidak boleh berkelakuan seperti samseng jalan yang setiap kali berdemo apabila permintaan mereka tidak diterima oleh kerajaan. Perbuatan berdemo dan memarahi pegawai penguatkuasa hanya akan lebih merosakkan imej pemandu teksi bandar yang kini sudah ditahap paling bawah dimata masyarakat. 

Saya akui, terdapat juga pemandu teksi yang jujur dan sangat berhemah ketika membawa penumpang, terutamanya seorang pemandu teksi yang saya sangat kenali iaitu En.  MD Hasbullah. Beliau walaupun sudah berumur masih tetap kuat bekerja kerana minat beliau dalam mendapat kenalan baru dan juga menjadi duta kecil kepada kerajaan. 

Walau bagaimanapun, sebelum saya akhiri artikel saya ini, saya ingin bertanya kepada pembaca pernahkah pembaca terlibat atau berdepan secara langsung dengan pemandu teksi yang biadap dan kurang ajar?


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget