KL CHRONICLE: Al-Fatihah, Bapa MB Perak Meninggal Dunia

Tuesday, October 14, 2014

Al-Fatihah, Bapa MB Perak Meninggal Dunia

MB Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir
Bapa kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abd Kadir (gambar) meninggal dunia pada pukul 1.10 pagi tadi, lapor Berita Harian Online.

Abd Kadir Muhammad, 73, atau lebih dikenali sebagai Pak Karim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Desa Pangkor di Pulau Pangkor kerana serangan jantung, lapor portal berkenaan.




Arwah meninggalkan tujuh orang anak, termasuk Zambry.

Abd Kadir pernah berkhidmat sebagai Ketua Kampung Teluk Raja Bayang selama 23 tahun sebelum bersara tahun lalu.

Menurut Berita Harian Online, jenazah dijangka dikebumikan selepas solat zohor di Tanah Perkuburan Masjid Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor, Perak. – 14 Oktober, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget